Disini saya kongsikan Biskut Popular Di Hari Raya. Pasti balang anda kosong di akhir Aidilfitri tanpa pembaziran. Haha.
1) Almond London
Mesti anda tahu dengan biskut almond lejen yang biasa dihidang pada hari raya ini. Biskut buah almond atau badam, atau kek badam, adalah sejenis biskut yang dibuat dengan badam yang digoreng dan dicincang.
Tekstur iskut ini rangup dan garing. Anda akan merasakan sensasi buah badam ketika mengunyah biskut almond. Biskut ini memang laku di hari raya dan diminati ramai kerana rasanya yang rangup dan sedap.
2) Tart Nenas
Tart juga kuih yang popular dan digemari ramai.
Intinya yang cair dimulut pasti akan membuatkan anda tidak perasan satu per satu telah selamat masuk ke perut.
3) Cornflakes madu
Cornflakes madu, rasanya yang rangup dan manis-manis sudah tentu memikat ramai hati orang.
4) Biskut Dahlia
Biskut yang cair dimulut setiap kali suapan, juga menjadi kegemaran ramai.
5) Biskut Arab
Biskut yang lemak-lemak manis dan cair di mulut.
6) Biskut Mama Carey
Biskut ini daripada susu dan memang tak jemu bila dimakan.
7) Biskut Lidah Kucing
Warna pelangi yang cantik ni memang si kecil akan suka nak makan.
8) Biskut Sarang Semut
Rangup bila digigit tapi rasanya sangat lembut dan gebu apabila sudah masuk di mulut.
9) Biskut Florentine
Florentine sangat rangup kerana bahan yang digunakan terdiri daripada pelbagai kekacang.
10) Biskut Red Velvet
11) Biskut Coklat Cip