Semakin hari, dunia dan teknologi bergerak semakin pantas dan maju. Oleh itu, para pengkaji dan saintis telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan pelbagai teknologi yang dapat memudahkan urusan manusia.
Jika dilihat, akhir-akhir ini pelbagai peralatan rumah telah menggunakan teknologi robot yang dapat membantu dalam pengurusan rumah ketika pengguna sibuk dengan kerja. Bukan sahaja di rumah, malah di restoran, teknologi itu sudah digunakan oleh beberapa peniaga bagi melancarkan perniagaan dan menjimatkan kos.
Di laman TikTok, seorang pengguna fadzlikamal06 telah memuat turun sebuah video pendek yang memaparkan aksi sebuah robot menghantar pesanan pada para pelanggan di Q Bistro, Ampang, Kuala Lumpur.
@fadzlikamal06 Q Bistro, Ampang. Canggih, robot hantar makanan & minuman. #modern #robot #restaurant #tiktokviral #tiktokmalaysia #foryoupage
@fadzlikamal06 Q Bistro, Ampang. Canggih, robot hantar makanan & minuman. #modern #robot #restaurant #tiktokviral #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ Jerung Merah Challenge – MVM Music
Nampak sungguh canggih, kan? Jelas penggunaan teknologi itu dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan peniaga. Ia akan mengambil pesanan yang telah dipesan oleh pelanggan dan terus membawanya kepada setiap meja.
Meskipun teknologi itu dapat memudahkan kerja, namun di ruangan komen, warganet berasa risau dengan penggunaannya kerana ia akan mengurangkan peluang perkerjaan bagi orang ramai. Jika digunakan secara meluas, para peniaga sudah tidak memerlukan lagi pekerja kerana penggunaan robot lebih menjimatkan.
Di kritik, namun penggunaan teknologi itu di restoran dipuji orang kerana mempunyai beberapa manfaat. Antaranya adalah dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19.
Sebenarnya penggunaan teknologi ini ada baik dan buruknya. Walaupun teknologi tengah berkembang dengan pesat, orang ramai tidak perlu terlalu risau kerana mana mungkin sebuah robot dapat menggantikan tenaga dan kecerdikan manusia dengan sepenuhnya.
Kredit: TikTok fadzlikamal06