Nasib dan jalan hidup seseorang tidak akan pernah sama. Ada yang dilahirkan dalam keadaan sudah memiliki kesenangan, namun ada yang sebaliknya. Tetapi, semuanya memiliki hikmah yang tersendiri. Tuhan sudah menentukan segalanya bersebab dengan 1001 alasan yang indah.
Jadi, sebagai manusia yang bersama-sama hidup di alam ini, tugas kita adalah saling bantu-membantu. Yang senang membantu yang susah dan bersama-sama hidup dalam menuju dunia yang lebih baik dan menenangkan.
Seperti satu video yang tular di TikTok semalam, seorang lelaki berkongsi kisah bagaimana dia terjumpa seorang budak lelaki yang terpaksa menjual keropok demi kelangsungan hidupnya. Di saat kanak-kanak seusia dengannya sedang menikmati zaman belajar, dia teguh mencari rezeki untuk sesuap nasi.
Menurut lelaki yang membantu budak berkenaan, dia terjumpa budak lelaki itu di hadapan sebuah kedai 7 Eleven. Ketika itu, budak lelaki tersebut sedang tertidur sambil menunggu jualannya laku. Lalu, dia mendapatkannya dan membeli keropok jualan tanda sokongan.
“Tadi saya jalan mahu beli barang. Hujan kuat dan ada ribut petir lagi. Ternampak budak ni menjual di kaki lima. Macam penat sudah dan dia duduk depan 7 Eleven. Saya dekat dia, dia cerita dia datang jual keropok setiap hari ikut pak cik dia.
“Katanya, umur 11 tahun dan tidak bersekolah dan hanya pandai membaca sedikit-sedikit. Lepas tengok dia, saya decide untuk beli semua keropok dia. Dia tak pandai tekan kalkulator, last-last saya yang kirakan,” ceritanya panjang menceritakan kisah borong semua keropok budak lelaki berkenaan.
Tambahnya, dia juga bertanya kepada budak lelaki berkenaan jikalau ada lagi stock keropok yang tidak terjual dan menyuruhnya untuk mengambilnya semua. Ini kerana, dia ingin menolong untuk membeli demi membantu adik berkenaan semampu yang boleh.
“Orang tertentu sahaja akan faham bila semua jualan untuk hari tu habis terjual,” tambahnya lagi sambil menunggu keropok dibungkus oleh adik berkenaan.
@lopez.ni.boss tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki.. Semoga adik mamat akan lebih sukses dimasa hadapan ya😇.. maaf sebab tak banyak🥺.. sy hanya orang sederhana.. #berkongsirezeki
@lopez.budak.baik tak perlu tunggu kaya untuk berkongsi rezeki.. Semoga adik mamat akan lebih sukses dimasa hadapan ya😇.. maaf sebab tak banyak🥺.. sy hanya orang sederhana.. #berkongsirezeki ♬ Sad and lonely – MoppySound
Meninjau ruangan komen, ramai netizen berterima kasih dengan sifat empati yang ditunjukkan oleh pemilik video berkenaan dan ia membuka mata orang ramai untuk melihat perkara sebegitu dengan lebih besar. Tidak kurang juga yang mendoakan agar adik Mamat berpeluang untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain.
“Terbaik abang tu. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan adik tu,” kata seorang netizen mendoakan kejayaan adik Mamat apabila melihat video mahu borong semua keropok budak lelaki berkenaan.
“Moga adik Mamat dapat pergi sekolah lepas ini. Moga ada yang membantu,” kata netizen lain dengan nama Hayati.
Semoga dengan video ini, ada pihak yang datang membantu budak lelaki berkenaan untuk mendapat bantuan yang selayaknya. Dia juga berhak untuk hidup seperti kanak-kanak lain. Semoga dipermudahkan, terima kasih kepada yang membantu.
Sumber: Lopez