Cuaca mendung dan hujan lebat di serata negara telah memaksa ramai berada di rumah bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini. Namun, kerana bosan, ada juga yang keluar untuk berjalan-jalan sambil makan di luar.
Oleh itu, payung dan baju hujan selalu disarankan untuk dibawa tapi kita perlu lah bijak menggunakannya kerana tak semua tempat dan situasi memerlukannya.
Ambil pengajaran daripada situasi yang telah dikongsikan oleh cik nurhayatitahirr_ yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagatnya.
Memandangkan hujan tanpa henti, wanita itu membawa sepasang payung semasa bersiar di luar. Mengunjungi sebuah restoran Arab untuk menikmati beberapa hidangan, wanita itu masih lagi membuka payungnya walaupun restoran itu sudah berbumbung dan tiada sebarang kebocoran.
Selamba menikmati makanan dan minumannya, seorang pekerja yang melintas berasa sangat hairan dengan gelagat wanita itu tapi tidak melarangnya, hanya mampu lihat kemudian beredar dari situ untuk menyelesaikan tugas yang lain.
Wanita itu yang mungkin sedar bahawa tindakannya mungkin kelihatan aneh di mata orang lain tetap tidak kisah dan tetap berselera menghabiskan makanan satu per satu.
@nurhayatitahirr_ Dekat luar hujan,nasib baik bawak payung
@nurhayatitahirr_Dekat luar hujan,nasib baik bawak payung
Di ruangan komen pula, orang ramai hairan dan ada juga yang terhibur dengan telatah wanita itu. “Kak okey ke tak tu?”, tanya seorang pengguna yang risau selepas melihat perangainya.
Walaupun begitu, ada juga yang menegurnya untuk tidak bergurau secara berlebihan kerana perkara itu juga boleh mengundang padah. “Dah kenapa ni? Tercucuk kepala orang belakang.”, kata seorang pengguna.
Ternyata video yang dikongsikan ini hanya content semata-mata jadi jangan lah kita mengecam wanita ini. Ia hanya gurauan dan hiburan dan tentu dia juga telah meminta izin pihak restoran sebelum berbuat begitu di situ.
Kredit: cik nurhayatitahirr_
Baca Juga: Beli Jus Nenas Dalam Kotak, Wanita Ini Terkejut Dapat Air Kosong & Rasa Seperti Kena Scam