Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Macam Saya..”, Walaupun Masih Kecil, Cara Adik Ini Layan Neneknya Buat Ramai Sebak

“Tak Macam Saya..”, Walaupun Masih Kecil, Cara Adik Ini Layan Neneknya Buat Ramai Sebak

Kategori:
Cara Adik Ini Layan Neneknya

Di usia kecil, anak-anak perlu didedahkan dan dididik dengan nilai-nilai murni. Hal itu dapat membentuk keperibadian yang baik pada diri mereka.

Namun bila terdedah dengan pelbagai pengaruh luar, akhlak anak-anak boleh terjejas. Tambahan bila kecil ini, mereka agak nakal dan suka mengusik. Tapi tak semuanya begitu. Jika dibimbing dengan baik, kemungkinan besar eloklah mereka.

Bila kecil, antara perkara pertama yang perlu diajar pada anak-anak adalah adat dan cara melayani orang yang lebih tua. Hal itu dapat mendidik mereka untuk memiliki rasa sayang dan hormat pada mereka yang lebih berusia.

Cara Adik Ini Layan Neneknya Buat Ibunya Terharu

Terbaharu, seorang wanita, irdasya2, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat anaknya ketika berada di restoran bersama keluarga. Cara Adik Ini Layan Neneknya

Makan pelbagai hidangan yang enak menarik bersama-sama, ibu wanita itu mahu menambah lauk yang ada. Namun memandangkan matanya yang agak rabun, ia menjadi sukar untuk memilih lauk-lauknya.

Ingin membantu, anaknya yang masih lagi kecil dan baru sahaja berusia satu tahun lebih terus membantu mencedokkan lauk untuk neneknya. Cara Adik Ini Layan Neneknya

Melihat telatah anaknya yang tidak segan untuk membantu neneknya, wanita itu berasa terharu dan bersyukur dengan kebaikan anaknya yang sentiasa menjaga dan memudahkan urusan neneknya.

@irdasya_

Sebak pula taipni, klu mama tada umar bole jaga yok dengan baikkan ♥️

♬ suara asli – rafaaldiansyah – rafaaldiansyah

@irdasya2Sebak pula taipni, klu mama tada umar bole jaga yok dengan baikkan ♥️♬ suara asli – rafaaldiansyah

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berasa kagum dan turut terharu dengan sikap baik adik kecil itu. Walaupun masih lagi kecil tapi elok budi pekertinya. Baik sahaja melayani neneknya yang semakin berumur. Semoga terus menjadi insan yang baik.

“Bagus Betul Adik..”

Cara Adik Ini Layan NeneknyaMana-mana ibu akan berasa gembira bila dikurniakan dengan seorang anak yang begitu baik dan sangat menghormati orang yang lebih tua. Semoga anak-anak yang di luar sana turut dapat mencontohi sikap adik ini.

Kredit: TikTok irdasya2

Baca Juga: Temui Serpihan Kayu Dalam Bebola, Warganet Risau Tercucut Selumbar Dekat Anak Tekak

 

tags: | |