Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Belajar Memasak Untuk Suami Bagi Yang Baru Berkahwin

Cara Belajar Memasak Untuk Suami Bagi Yang Baru Berkahwin

Kategori: ,
Cara Belajar Memasak Untuk Suami

Kata orang tua, untuk memikat hati suami bermula dengan perutnya. Bagi wanita yang baru berkahwin dan belum pro di dapur, sudah tentu anda tercari-cari cara belajar memasak untuk suami. Nak belajar dengan mertua mungkin malu jika kelihatan kekok di dapur.

Oleh itu, hari ini kami berkongsi tips-tips untuk pengantin yang baru berjinak-jinak dengan memasak. Pengantin lama pun boleh guna juga tips ini ya.

Cari Sumber Untuk Mendapatkan Resipi Yang Mudah

Simpan resipi-resipi yang senang dan mudah untuk diikuti. Contohnya, anda boleh merujuk rasa.my yang banyak menyiarkan langkah-langkah resipi bergambar. Group facebook Masak Apa Hari Ini yang happening juga mengumpul banyak resipi yang sesuai untuk yang baru mula belajar memasak. Anda boleh merujuk pada ruangan komen untuk mendapatkan tips dan maklumbalas mengenai resepi yang dikongsi. Resipi-resipi di seksyen Resepi di Daily Makan juga mengumpulkan video-video resipi yang mudah untuk disediakan.

Pisau dan Kuali Berkualiti Adalah Satu Pelaburan

Mood memasak boleh down jika pisau anda tumpul. Pastikan pisau yang dipilih selesa untuk dipegang, tebal besinya dan hulunya diperbuat daripada material yang tahan lama. Laburkan duit untuk mendapatkan kuali dan periuk yang daripada keluli tahan karat atau kuali tidak melekat yang berkualiti.

Pastikan Pantri Mempunyai Stok yang Cukup

Jika anda masih newbie dalam dunia masakan, baca resipi sebelum anda shopping barang-barang di pasar atau pasaraya. Kurang satu barang mungkin akan beri kesan pada rasa atau rupa masakan anda. Kenalpasti juga apa bahan yang wajib ada di dapur berdasarkan selera anda dan suami. Adakah suami suka makan nasi atau dia peminat pasta? Ayam atau ikan? Barang yang cukup akan menaikkan motivasi anda untuk memasak.

Baca Resipi dengan Teliti

Selain berguna untuk membuat senarai barang, membaca resipi juga akan membantu anda merancang proses semasa memasak dan mengagak masa yang akan diambil untuk menyiapkan satu hidangan. Membaca resipi juga mengasah skil multitasking di dapur. Contohnya untuk resipi Sambal Sardin ini, sementara menggoreng sardin hingga masak, anda mungkin boleh potong bawang atau kisar cili kering.

Youtube Medium Paling Best Untuk Mencari Cara Belajar Memasak Untuk Suami

Tak tahu macam mana nak siang ikan? Bagaimana nak potong dadu bawang dengan cepat? Semua ini ada di Youtube. Jadikan Youtube sebagai rujukan untuk mempelajari teknik-teknik asas masakan.

Jangan Takut Untuk Mencuba Bahan Yang Bukan Dalam Resipi

Semakin kerap anda memasak, anda akan belajar mengenali rempah mana yang anda suka dan tidak suka dalam satu-satu masakan. Anda juga akan mula tahu bahawa cili merah juga boleh menggantikan cili kering dalam resipi Ikan Bakar Sumbat Sambal ini.

Basuh Pinggan atau Periuk Sambil Masak

Gunakan kesempatan semasa sedang panaskan minyak atau tunggu air mendidih untuk membasuh pinggan atau periuk yang sudah digunakan semasa memasak. Anda pasti akan lega tak nampak pinggan bertimbun apabila selesai memasak.

 

tags: