Hari ini kami ingin berkongsi satu resepi yang tidak asing lagi bagi korang semua iaitu resepi Ikan Bakar Sumbat Sambal yang super sedap. Resepi yang sangat ringkas, bahan-bahan yang sedikit dan senang untuk diperolehi.  Ikan Bakar Sumbat Sambal

Resepi ini sangat sesuai bagi menambahkan selera anda semua semasa makan tengahari korang semua. Berikut merupakan resepi Ikan Bakar Sumbat Sambal:

Resepi Ikan Bakar Sumbat Sambal

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili padi
  • Isi asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit air
  • Ikan (pilihan)

 

Cara-cara Memasak:

  1. Kisar halus cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, isi asam jawa dan cili padi. Masukkan sekali gula, garam dan sedikit air kedalam bahan yang akan dikisar.
  2. Apabila bahan kisar sudah halus, keluarkan dan sumbat didalam ikan yang sudah siap dibuang perut dan dibersihkan.
  3. Bakar ikan sudah disumbat sehingga masak. Sekiranya ingin membalut ikan dengan daun pisang terlebih dahulu pun boleh, mengikut citarasa masing-masing.
  4. Apabila ikan sudah masak, keluarkan dan siap untuk dihidang mengikut selera anda semua.

 

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 34 times!)