Ayam bakar sesuai disediakan ketika berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan. Sos perapannya boleh disediakan terlebih dahulu dan ayam diperap untuk beberapa jam sebelum dibakar.
Terdapat pelbagai resepi sos perapan yang ada tapi di sini kami ingin berkongsi resepi ayam bakar paling simple, cuma guna rencah ‘rahsia’ ini sahaja. Cara ini telah dikongsikan oleh Roslan Rusly di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Cara Buat Ayam Bakar Paling Simple, Guna 1 Bahan Ini Sahaja Pun Dah Cukup Menjadi
Bahan-bahan
- Ayam
- Pes perencah Nasi Goreng Adabi (dapatkan di sini)
Cara-caranya
- Potong dan bersihkan ayam dahulu. Tos dan keringkan air.
- Kemudian, masukkan ayam dan gaulkan dengan perencah nasi goreng Adabi sehingga sekata.
- Perap ayam selama 30 minit atau semalaman. Lagi lama lagi sedap.
- Kemudian, boleh bakar di atas gril atau menggunakan air fryer mengikut tetapan air fryer masing-masing.
- Sedia untuk dihidangkan.
Memang teramat mudah ayam bakar ini, kan? Teramat simple, sesiapa boleh cubanya. Kalau anda tak sempat nak buat sos perapan, boleh sahaja guna pes perencah nasi goreng Adabi ini. Memang menjadi.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Roslan Rusly di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ini Cara Buat Telur Dadar Air Fryer Dengan Mudah, Lebih Sihat & Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Diet