Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bagel Yang Sama Di New York, Makan Dengan Jem Strawberi & Cream Cheese Lagi Sedap

Cara Buat Bagel Yang Sama Di New York, Makan Dengan Jem Strawberi & Cream Cheese Lagi Sedap

Kategori: ,
bagel yang sama di new york

Bagel merupakan sejenis roti yang sangat tersohor di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat. Di sini, ia amat sukar ditemui tapi tentu kita mahu merasainya, kan?

Kalau cari di pelbagai bakeri tetap tak jumpa, jangan risau dan cuba resepi Bagel yang sama di New York ini yang telah dikongsikan oleh Eyla Osman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Cara Buat Bagel Yang Sama Di New York, Makan Dengan Jem Strawberi & Cream Cheese Lagi Sedap

Bahan-bahan

  • 215 ml air sejuk (kalau guna breadmaker) atau air suam (kalau uli guna tangan)
  • 20 gram gula kastor
  • 4 gram instant yis
  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 250 gram tepung roti
  • 125 gram tepung gandum
  • 5 gram garam

Bahan air rebusan

  • 1500 ml air
  • 25 gram gula perang, merah atau pasir

Bahan hiasan

  • Putih telur
  • Kacang, bijan atau apa yang anda suka

Cara-caranya

  1. Campurkan yis, air suam dan gula. Kacau kasar dan biarkan supaya yis aktif.
  2. Campurkan bahan-bahan lain dan bagi sebati. Kemudian, masukkan campuran yis tadi dan uli sehingga elastik. bagel yang sama di new york
  3. Tutup dengan kain bersih atau wrapping plastic sampai naik seganda.
  4. Bila sudah kembang, tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan udara dan uli lagi serta bahagikan kepada beberapa ketul (sukatan resepi ini sesuai untuk enam ketul, anggaran untuk 202 gram untuk seketul).
  5. Bulat-bulatkan dan buang lubang di bahagian tengah.
  6. Kemudian, tutup lagi dengan kain bersih sampai adunan ini mengembang. Sambil itu, panaskan oven.
  7. Panaskan air rebusan dengan gula tadi. Dah mendidih, masukkan bagel yang dah siap diuli dan kembang. Rebus selama satu minit untuk setiap belah. Angkat dan toskan. bagel yang sama di new york
  8. Bila bagel sudah sejuk, sapukan putih telur dan letakkan hiasan pilihan anda.
  9. Oven sudah panas, boleh bakar mengikut suhu oven masing-masing. bagel yang sama di new york
  10. Dah masak, keluarkan dari oven, biarkan sejuk seketika dan potong di tengah untuk sapukan cream cheese dan jem strawberi. bagel yang sama di new york

Wah! Kalah bakeri, kan? Bagel yang disediakan ini kelihatan begitu menyelerakan, anda perlu cuba tau! Selain daripada jem, bagel juga boleh diletakkan apa jua inti yang ada suka seperti kepingan daging, sayuran dan banyak lagi. Cuba lah!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Eyla Osman

Baca Juga: Cara Buat Popia Coklat Hanya Guna 3 Bahan, Nak Buat Ni Senang & Sekejap Saja. Kena Cuba!

tags: | |