Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Bapa Ini Kongsi Cara Buat Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala, Sedap Dijadikan Bekal

Rasida by Rasida
September 21, 2022
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Roti Jala masih lagi popular sehingga ke hari ini. Mudah sahaja untuk disediakan dan selalu disajikan bersama kari ayam, ia memang menjadi hidangan pembuka selera yang mengenyangkan.

BacaJuga

Nasken Coffee

Kenali Nasken Coffee, Raja Kopi Viral Di Kelantan Yang Telah Miliki 25 Cawangan

Mei 28, 2023
711
Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Mei 28, 2023
1

Selain bersama kari ayam, anda juga boleh menghidangkannya bersama kari ikan sardin ini. Kalau nak tahu cara untuk menyediakan kari ikan sardin bersama roti jala, ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Bapa Ini Kongsi Resepi Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala, Sedap Dijadikan Bekal

Bahan kari ikan sardin

  • 2 bungkus rempah kari ikan + rempah kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk ajinomoto
  • 2 tin sardin – guna jenama ini

Bahan tumis kari sardin

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 tangkai daun kari

Bahan roti jala

  • 3 hingga 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air yang telah dimasak
  • Pewarna kuling telurKari Ikan Sardin Bersama Roti Jala

Cara penyediaan kari sardin

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
  2. Masukkan bahan-bahan tumis kari sardin dan masak sehingga garing.
  3. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan sedikit air.
  4. Ketika ini boleh masukkan kentang dan lobak merah.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan kentang serta lobak merah empuk.
  6. Tambahkan santan dan air asam jawa.
  7. Masukkan garam, aji dan gula secup rasa.
  8. Dah mendidih, boleh tambahkan sardin tin dan masak lagi sehingga didih.
  9. Dah siap untuk dinikmati. Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala

Cara penyediaan roti jala

  1. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Pastikan adunan anda tidak terlalu cair, buat macam adunan kuih dadar.
  3. Kemudian, masukkan ke dalam botol yang ada lubang-lubang pada bahagian tudung (guna botol begini). Panaskan kuali nonstick yang kering dan jala perlahan-lahan hingga adunan tadi habis.
  4. Sedia untuk dihidang bersama kari sardin. Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala Kari Ikan Sardin Bersama Roti Jala

Dah siap kari ikan sardin bersama roti jala ini. Nampak sangat sedap, kan? Memang sesuai dijadikan hidangan makanan tengah hari. Tak terlalu berat, memang sedap.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nazri Mat Zain di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Lagi Mengancam, Ini Tips Goreng Roti Sardin Rangup & Tak Serap Minyak. Perah Asam Limau

0/5 (0 Reviews)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
free download udemy paid course
download lenevo firmware
ShareTweetSend

Related Posts

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Keropok Lekor Homemade Cara Sendiri, Buat Di Rumah Lagi Senang. Rasa Dia Rangup Di Luar, Tapi Lembut Di Dalam

Mei 28, 2023
33
ikan kerapu
Masak Apa Hari Ini?

Peminat Ikan Kerapu Sila Hadir! Ini Dia Resipi Ikan Kerapu Masak Masam Manis Yang Popular Di Malaysia

Mei 28, 2023
18
ayam bakar sekor
Masak Apa Hari Ini?

Lelaki Ini Kongsi Resipi Ayam Bakar Sekor, Perapan Sedap & Senang Dibuat. Cubalah!

Mei 28, 2023
46
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist