Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Nasi Ayam Tomyam Guna Periuk Noxxa, Lebih Cepat & Mudah Untuk Siapkan. Memang Sedap!

Cara Buat Nasi Ayam Tomyam Guna Periuk Noxxa, Lebih Cepat & Mudah Untuk Siapkan. Memang Sedap!

Kategori: ,
nasi-ayam-tomyam

Orang Malaysia sangat gemarkan Nasi Ayam. Malah, terdapat pelbagai jenis yang boleh dicuba, semuanya sedap dan kena dengan selera.

Bosan dengan Nasi Ayam biasa? Apa kata anda cuba buat Nasi Ayam Tomyam ini menggunakan periuk Noxxa ini. Memang mudah dan dalam 7 hingga 8 minit sahaja pun dah siap! Ikuti resepi ini yang telah dikongsikan oleh Ernie Zulkefli di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah sahaja!

Cara Buat Nasi Ayam Tomyam Guna Periuk Noxxa, Lebih Cepat & Mudah Untuk Siapkan. Memang Sedap!

Bahan perapan ayam

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu cili serbuk atau pes cili

Bahan Lain

  • Serai
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu jus limau
  • Sos ikan
  • Beras (telah dibilas bersih)
  • Air
  • Garam
  • Perasa

Bahan tumis

  • 1 inci halia
  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Batang ketumbarnasi-ayam-tomyam

Bahan Sayur

  • Tomato (potong dadu)
  • Timun (potong dadu)
  • Bawang merah (potong dadu)
  • Daun ketumbar (dihiris) nasi-ayam-tomyam nasi-ayam-tomyam

Cara-caranya

  1. Perapkan ayam dahulu bersama bahan perapan sekurang-kurangnya 30 minit atau semalaman.
  2. Tumis bahan tumis sehingga naik bau, masukkan serai, pes tomyam, jus limau dan sos ikan.
  3. Kemudian, biarkan garing dan baru masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  4. Tambahkan beras, air, garam, perasa secukupnya dan tukar setting periuk Noxxa pada steam rice.
  5. Tutup penutup dan biarkan masak megikut tetapan.
  6. Bila sudah, buka penutup dan perasa lagi dengan garam, gula dan sos ikan jika perlu.
  7. Hiaskan dengan timun, tomato, bawang merah dan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati. nasi-ayam-tomyam nasi-ayam-tomyam

Akhirnya sudah siap Nasi Ayam Tomyam ini. Baunya sangat wangi semerbak dan kenyang perut bila dimakan. Harus dicuba tau!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan hidangan ini pada semua!

Kredit: Ernie Zulkefli

Baca Juga: Resepi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!

tags: | | | |