Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nasi Ulam Stail Kedah & Perlis, Banyak Bahan & Kenyang Perut Bila Makan

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nasi Ulam Stail Kedah & Perlis, Banyak Bahan & Kenyang Perut Bila Makan

Kategori: ,,
Nasi Ulam Stail Kedah

Orang dahulu sangat gemari Nasi Ulam. Nasi yang dicampur dengan ulam-ulaman sangat sihat dan mengenyangkan perut yang kosong. Tapi zaman sekarang, tak ramai anak muda yang menggemarinya.

Nak cuba nasi ulam tak susah pun. Mudah sahaja untuk menyediakan nasi ulam yang sedap, lebih sedap bila anda cuba menyediakan nasi ulam stail Kedah dan Perlis, mudah sahaja caranya. Jom baca untuk ketahui!

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Nasi Ulam Stail Kedah & Perlis, Banyak Bahan & Kenyang Perut Bila Makan

Bahan-bahan

  • Nasi
  • Pucuk samak atau serai kayu
  • Pucuk janggus
  • Pucuk kaduk
  • Daun selom
  • Kerisik
  • Bawang holland (dihiris atau dipotong dadu)
  • Ikan masin (digoreng dan ditumbuk)
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Cili padi
  • Lada hitam
  • Garam Nasi Ulam Stail Kedah

Cara-caranya

  1. Tumbukkan serai, halia, lengkuas dan bawang holland hingga kasar.
  2. Bila nasi sudah sejuk, gaulkan dengan kerisik, ikan masin, bahan ditumbuk.
  3. Tambahkan lada hitam, cili padi, ulam-ulaman yang lain, garam dan gaul sehingga sebati.
  4. Siap dan sedia untuk dihidang.  Nasi Ulam Stail Kedah Nasi Ulam Stail Kedah Nasi Ulam Stail Kedah

Siap sudah Nasi Ulam stail Kedah dan Perlis ini. Kalau makan nasi ini sahaja tentu puas hati dan perut pun cepat kenyang. Ada juga resepi lain yang akan menambahkan isi ikan bakar untuk lebih memuaskan. Jadi anda juga boleh juga cuba cara itu.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Yoi di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Agar Rangup Dan Pedas, Boleh Tahan Sampai 2 Bulan!

tags: | |