Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Pancake Gebu, Sarapan Pagi Ala Barat Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Cara Buat Pancake Gebu, Sarapan Pagi Ala Barat Yang Sedap & Mudah Untuk Disediakan

Kategori: ,
RESEPI PANCAKE GEBU

Pancake merupakan sarapan pagi yang sangat dikenali di negara Barat, terutamanya di Amerika Syarikat. Ini kerana ia mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan. Mudah untuk para ibu yang sentiasa sibuk.

Jika terlihat terdapat pelbagai resepi pancake yang telah dikongsikan. Tapi jika anda ingin pancake yang tidak kering dan enak, cubalah resepi pancake gebu yang telah dikongsikan oleh Laila Arina Abu Bakar di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Pancake Gebu

Bahan-Bahan

  • 1 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan terlebih dahulu)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

  1. Campurkan susu dan cuka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit atau sampai nampak ketulan susu itu.
  2. Pukul telur, gula, mentega sehingga kembang sedikit dengan whisk.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder berselang seli dengan susu yang dicampur cuka tadi.
  5. Dan biarkan sebentar barulah kita masak atas non-stick pan (dapatkan di sini).
  6. Setelah siap, angkat dan hidangkan bersama buah-buahan atau madu kesukaan anda. RESEPI PANCAKE GEBU RESEPI PANCAKE GEBU RESEPI PANCAKE GEBU

Bagi anda yang sudah jemu dengan kuih-muih dan makanan yang ‘berat’ ketika sarapan pagi, bolehlah cuba resepi pancake gebu ini. Memang mudah sahaja untuk disediakan, anda juga boleh menikmatinya dengan pelbagai jenis buah-buahan dan madu untuk menambahkan rasa dan sarapan pagi yang lebih seimbang.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Arina Abu Bakar via MAHN

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Roti Goreng Sayuran Yang Sedap & Mudah Untuk Sarapan Pagi

tags: | | |