Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang, Boleh Disimpan & Dijadikan Lauk Untuk Bersahur

Cara Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang, Boleh Disimpan & Dijadikan Lauk Untuk Bersahur

Kategori: ,
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG

Ketika sahur, sudah tentu kita akan berasa sedikit keberatan untuk memasak di dapur. Sebab itu ramai yang bersahur ala kadar sahaja, akhir sekali belum lagi waktu tengah hari sudah lapar.

Adalah seeloknya kita bersahur dengan sedikit nasi putih dan lauk yang simple. Jika anda tak sempat masak, anda boleh menyediakan sambal tempe ikan bilis kacang yang sesuai disimpan untuk sahur. Ini resepinya yang telah dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis Kacang, Sesuai Juga Sebagai Lauk Untuk Sahur

Bahan-Bahan

  • 6 peket tempe (dihiris nipis)
  • 2 cawan ikan bilis (dicuci dahulu)
  • 500gram kacang

Bahan Sambal

  • 2 senduk cili blend
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe tadi

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali, letakkan minyak dan biarkan panas. Goreng ikan bilis, kacang dan tempe sehingga garing, angkat dan ketepikan. SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG
  2. Tumiskan bahan kisar dengan gula kabung, asam keping sehingga pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili itu garing ya. SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG
  3. Bila dah siap, tutup api dan biarkan sekejap.
  4. Boleh tambahkan garam mengikut citarasa masing-masing.
  5. Kemudian, tambahkan tempe, kacang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dengan sambal. SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG
  6. Angkat dan boleh disimpan untuk dimakan kemudian. SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG SAMBAL TEMPE IKAN BILIS KACANG

Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang ingin hidangan yang ringkas untuk bersahur, perlulah cuba sambal tempe ikan ikan bilis kacang ini. Dijamin sedap walaupun sangat simple.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: TikTok Sharinaz Redwan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Resepi Puding Roti Pisang Versi Healthy. Rendah Kalori, Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Diet

tags: | |