Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Sos Spaghetti Frozen, Buat Banyak Terus. Boleh Tahan 2 Tahun Tanpa Perubahan Rasa

Cara Buat Sos Spaghetti Frozen, Buat Banyak Terus. Boleh Tahan 2 Tahun Tanpa Perubahan Rasa

Kategori: ,
resepi sos spaghetti frozen

Hanya tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan. Apabila tiba bulan Ramadan pastinya para ibu akan menyediakan makanan berbuka dan bersahur yang enak dan terbaik untuk orang tersayang. Tidak dinafikan, sewaktu awal Ramadan masih lagi rasa rajin nak masak itu ini.

Namun apabila dah sampai akhir bulan pastinya liat untuk menyediakan lauk yang sedap dan mudah. Lebih banyak cari masa untuk berehat sahaja. Jadi apa kata untuk lebih mudah, andaikata malas nak masak di saat akhir Ramadan nanti, apa kata kita sediakan masakan yang boleh dibuat banyak dan selamat untuk disimpan dalam tempoh yang lama.

Jadi apa kata anda semua buat Sos Spaghetti Frozen yang dikongsikan oleh Erni . Sangat mudah dan boleh disimpan sehingga dua tahun tanpa sebarang bahan pengawet dan perubahan rasa.

Resepi Sos Spaghetti Frozen Yang Mudah Dan Tahan Lama

Bahan-bahan:

  • 7 kg tomato merah | buang kulit
  • 5 biji bawang besar | didadu
  • 15 biji bawang putih | dipecahkan dan didadu
  • 2 sudu besar origano
  • 2 sudu besar parsley
  • 2 sudu besar basil yang serbuk kering
  • 2 sudu besar chili flakes
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Bay leaves
  • 2 tin besar tomato puri
  • 2 tin cendawan hiris (optional) | letak masa 1/2 jam terakhir
  • 3 ke 4 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
  • Lada hitam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak jagung
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih. Jangan garing, cukup layu je.
  3. Masukkan tomato yang dikisar halus.
  4. Masukkan tomato puri, garam, gula, lada hitam dan herba.
  5. Masak atas api kecil selama 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
  6. Sejukkan dan simpan dalam freezer. Boleh tahan 6 bulan. Peket kecil-kecil. Nak simpan dua tahun pun boleh kalau masak 2 jam.

Nota:

  • Nanti nak makan hanya perlu tumis daging cincang dan tambah sos di atas. Adjust garam atau tambah beefball.
  • Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
  • Untuk tomato, nak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat. Kalau nak buang kulit, celur dalam air menggelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama sangat nanti lembik.

Mudah sahaja kan nak buat Sos Spaghetti Frozen ni? Sekali buat boleh buat banyak terus. Kalau masak selama 2 jam, nak simpan selama 2 tahun pun boleh tau. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

Kredit: Erni Abu Samah

Baca juga: Buat Sambal Selalu Merecik? Guna Teknik Yang Dikongsikan Oleh Ahli Kimia Ini, Baru Tak Kotor Dapur!

tags: | |