Bukan sahaja kulit glowing dan cantik, badan yang sihat dan bebas dari segala penyakit turut menjadi idaman ramai. Apabila badan bebas dari segala toksin, secara automatik kita akan rasa lebih rasa segar dan bertenaga. Kesannya juga dapat dilihat pada wajah kita yang akan kelihatan sihat dan bebas dari jerawat.
Masih ramai yang berpendapat bahawa untuk mendapatkan kulit yang cantik dan badan yang sihat, memerlukan kos yang tinggi. Tak juga!
Ada pelbagai resepi minuman detox yang anda boleh buat sendiri di rumah. Sangat berkesan, anda boleh cuba resepi minuman untuk kulit glowing dan buang toksin dari badan dari Nani Habib. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh olehnya.
Anda boleh amalkan minuman ini sekali seminggu tapi untuk mendapat kesan yang lebih hebat, seeloknya ia diamalkan setiap hari. Umum sudah tahu bahawa lemon, kayu manis, madu, halba dan halia mempunyai pelbagai kebaikan pada kesihatan.
Nak cantik dan sihat, boleh lah amalkan minuman ini setiap malam atau tengah hari selepas makan. Sangat elok untuk membuang segala sisa-sisa toksin. Dah la mudah sahaja nak sediakan, tak sia-sia cuba. Buat satu balang lagi jimat.
Semoga membantu anda untuk tampil lebih cantik dan sihat.
Kredit: Hanani Habib via MAHN
Baca Juga: Amal Air Kunyit Asam Jawa Ini Jika Period ‘On Off’, Nak Awet Muda & Bertenaga Pun Kena Cuba!