Sotong celup tepung merupakan hidangan kegemaran ramai. Sering dihidangkan di restoran masakan panas, ia enak untuk dinikmati bersama sos pencicah atau dengan sepinggan nasi putih.
Meskipun begitu, tak semua orang tahu cara untuk menyediakannya. Jika tersalah buat, ia boleh merosakkan rasa dan teksturnya. Oleh itu, si tukang masak perlulah berhati-hati, kesian dekat pelanggan pula nanti.
Terbaharu, seorang wanita ezlyncantik telah mengunjungi sebuah kedai makan berhampiran untuk menikmati beberapa masakan panas. Memandangkan dia teringin, dia turut memesan sepinggan sotong celup tepung untuk dimakan bersama nasi putihnya.
Namun ketika hidangan tersebut tiba, wanita itu terkejut melihatnya. Lain dari yang lain, rupa sotong celup tepung itu sama seperti sebiji cekodok. Kelihatan rangup di luar, dia cuba bersangka baik dan mengambil satu untuk dicuba.
Berharap ianya sedap dan mempunyai isi sotong yang besar, wanita itu beria untuk mencuba tapi setelah dikoyak sotong itu dari salutan tepung, dia berasa kecewa apabila mendapati sebaliknya.
Tambahannya juga, dia berharap orang ramai turut boleh mencadangkan beberapa tempat yang menghidangkan sotong celup tepung yang sedap memandangkan perkara sebegini sering berlaku ke atas dirinya.
@ezlyncantik Komen sikit kat mana nak makan sotong goreng tepung yang best? Asyik kene scam je! 😒
@ezlyncantikKomen sikit kat mana nak makan sotong goreng tepung yang best? Asyik kene scam je! 😒♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di media sosial, orang ramai turut terperanjat melihat rupa sotong celup tepung tersebut.
Malah menurut pengguna wasitswann, jika nak dibandingkan dari segi rupa, dia yakin bahawa sotong celup tepung yang disediakan oleh neneknya adalah jauh lebih sedap dari tukang masak yang menyediakannya.
Hidangan ini sememangnya popular jadi si tukang masak perlulah berhati-hati dan menyediakannya seeloknya. Kalau tersalah, memang pelanggan akan berasa kecewa.
Jadi sebelum masak, pastikan memeriksa sukatan bahan-bahan sebetulnya supaya perkara sebegini tidak berlaku.
Kredit: ezlyncantik