Sambal lada merupakan antara hidangan yang perlu ada bagi peminat makanan pedas. Setiap kali menjamu selera, jika tiada sambal pasti rasa tidak lengkap bukan? Sambal ini bukan sahaja menjadi menu utama malah menjadi penyelamat saat hilang idea untuk menyediakan apa-apa masakan.
Sambal lada atau sambal belacan sudah enak bukan? Tapi apa kata buat Sambal Padang ini pula. Rasanya lebih enak dan menyelerakan. Kalau tak tahu nak masak apa dan bosan dengan lauk biasa, masak sahaja sambal ini. Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Khabbab Jamalludin ini.
* Kuantiti agak-agaklah ya. Di dalam gambar, bawah lapisan yang nampak ni ada dalam dua lapisan lagi
*Bila nak makan, saya senduk masuk dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave 1 minit.
Mudah sahaja kan nak sediakan Sambal Padang ni? Buat banyak terus kemudian simpan dalam peti ais. Nak makan panaskan balik je. Bukan sahaja mudah malah rasanya juga sangat enak dan begitu menyelerakan. Nak makan dengan sayur terung, ayam goreng, telur goreng dan ikan goreng pun sangat sesuai tau!
Kredit: Khabbab Jamalludin
Baca juga: Resepi Sambal Cili Thai Berserta Sup, Hidangan Yang Simple Namun Sungguh Menyelerakan!