Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Masak Gulai Ikan Talang Masin Tumis Darat, Hidangan Kesukaan Ayah-Ayah! Memang Sedap & Mudah.

Ini Cara Untuk Masak Gulai Ikan Talang Masin Tumis Darat, Hidangan Kesukaan Ayah-Ayah! Memang Sedap & Mudah.

Kategori: ,
gulai ikan talang masin tumis darat

Sekarang, terdapat pelbagai hidangan yang sedap dan mudah.  Namun begitu, para ayah-ayah mesti sukakan menu yang ringkas dan sedap setiap kali ingin makan.

Maklumlah, yang ringkas itu yang paling kena dengan selera. Kalau hidang yang pelik-pelik, mesti tak akan dimakan.

Jadi, bagi anda yang ingin mencuba hidangan yang kena dengan selera ayah dan suami, boleh lah cuba resepi gulai ikan talang masin tumis darat yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie di Facebook. Nampak sangat mudah dan menyelerakan!

Resepi Gulai Ikan Talang Masin Tumis Darat

Bahan-Bahan

Bahan Perlu Kisar

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air

Bahan Lain

  • 400gm ikan masin (ikan talang, dicuci sampai bersih)
  • 6 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh dengan air)
  • 3/4 cawan air asam jawa
  • Air rendaman ikan masin
  • 1 terung pangjang
  • 1 mangkok nenas
  • 1 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 3 tangkai kacang pangjang
  • 1 sudu teh garam

Bahan Tumis Darat

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 sendik minyak masak

Cara Penyediaan

  1. Panaskan periuk dengan satu senduk minyak masak.
  2. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan kisar halus. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari yang telah dibancuh.
  4. Masukkan 3/4 cawan air asam jawa dan kacau sebati.
  5. Tumis sehingga kari betul-betul pecah minyak.
  6. Masukkan satu cawan air.
  7. Masukkan lobak merah dan ubi kentang terlebih dahulu.
  8. Tutup tudung periuk, masak sehingga ubi kentang dan lobak merah empuk atau lembut dengan api yang kecil.
  9. Bila ubi kentang dan lobak merah sudah lembut, baru masukkan ikan masin (tanpa air rendaman) dan nenas, kacau sebati.
  10. Masukkan santan.
  11. Masukkan air rendaman ikan masin tadi.
  12. Pastikan sentiasa kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  13. Perasakan dengan 1 atau 2 sudu kecil garam mengikut citarasa sendiri. Masa ini kena pandai adjust rasa kerana bergantung kepada tahap kemasinan ikan yang sedia ada.
  14. Masukkan terung dan kacang panjang, kacau sebati.
  15. Bila terung dan kacang pangjang dah masak boleh ditutup api. Ketepikan dahulu untuk kita proses buat bahan tumis darat pula.
  16. Panaskan 2 senduk minyak masak. Inilah yang dinamakan tumis darat.
  17. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan berikut; halba campur, bawang putih, cabai kering (potong pendek) dan daun kari. Masa ini kena berhati-hati kerana bunyi halba yang meletup-letup. Jangan panik.
  18. Masukkan bawang besar yang telah dipotong mayang.
  19. Tumis sehingga semua bahan menjadi garing. Bila minyak nampak kurang, boleh ditambah minyak.
  20. Pastikan bawang dah nampak garing seperti ini, baru ditutup api. (Jangan sampai bawang jadi hitam atau hangit).
  21. Masukkan kesemua bahan tumisan bersama minyak tumisan tadi kedalam gulai yang telah dimasak. Dah siap gulai ikan talang masin  tumis darat.

Memang mudah sahaja untuk menyediakan menu gulai ikan talang masin tumis darat ini, kan? Tak perlu bahan-bahan yang susah didapati, semuanya ringkas sahaja. Wajib cuba untuk menambat hati ayah dan suami.

Kredit: Mohd Rozmie

Baca Juga: Teringat Dekat Arwah Atuk, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cekur Kesukaannya.

tags: |