Sayur-sayuran mempunyai banyak khasiat dan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Untuk membantu pembesaran anak-anak dan melatih mereka untuk sentiasa mengamalkannya, ibu bapa cuba menghidangkannya tapi seringkali dibuang memandangkan rasa dan tekstur sayur itu tidak berapa sedap bagi mereka.
Selain dikisar bersama buah-buahan untuk dijadikan jus, ibu bapa boleh juga mencuba pelbagai resepi sayur-sayuran menarik. Antaranya adalah resepi brokoli celup tepung ini yang dijamin akan digemari oleh anak-anak anda.
Brokoli celup tepung ini boleh dicicah bersama sos pilihan anda. Antaranya yang ini. Sememangnya akan menjadi lebih sedap dan anak-anak akan meminta lagi.
Dari menghidangkan nugget atau sosej, lebih baik anda mencuba resepi ini buat minum petang mereka. Lebih jimat dan mudah untuk disediakan. Anda juga boleh menggunakan air fryer untuk menggorengnya.
Selamat mencuba!
Kredit: Ezzatyy Suffian
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Popia Sayur, Mudah Sahaja Nak Buat Sendiri Di Rumah