Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cuka Delima Bagus Untuk Kesihatan, Patut Ramai Saran Untuk Amalkan! Ini Manfaatnya Yang Anda Perlu Tahu

Cuka Delima Bagus Untuk Kesihatan, Patut Ramai Saran Untuk Amalkan! Ini Manfaatnya Yang Anda Perlu Tahu

Kategori: ,
CUKA DELIMA

Cuka delima dihasilkan dari buah delima yang telah disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu. Meskipun ia tidak begitu popular jika ingin dibandingkan dengan cuka epal, ia sudah diamalkan semenjak dahulu lagi kerana mengandungi begitu banyak manfaat untuk kesihatan.

Merupakan raja segala cuka buah-buahan, anda boleh mengamalkannya secara harian. Nak tahu apa manfaatnya? Di sini kami kongsikan pada anda mengapa anda perlu mengambilnya. CUKA DELIMA

(Pelbagai jenis cuka delima boleh didapati di pasaran)

Nak Amalkan Cuka Delima? Ini Manfaatnya Pada Kesihatan Anda

1. Sumber Antioksida

Cuka delima (dapatkan di sini) mengandungi kandaungan antioksida yang jauh lebih tinggi dari kebanyakkan cuka buah yang lain. Malah, lebih banyak jika ingin dibandingkan dengan anggur merah dan teh hijau.

Oleh itu, kandungan antioksida yang ada boleh membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel dari kerosakkan dan mengurangkan keradangan.

2. Kaya Dengan Vitamin

Memenuhi 40 peratus keperluan vitamin C harian, jika diambil, cuka itu mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh. Selain itu, ia juga merupakan sumber vitamin E, sumber folat, kalium dan vitamin K yang baik. CUKA DELIMA

3. Pencegahan Penyak Alzhiemer

Kandungan antioksidan dalam cuka tersebut dapat melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer dan melindungi ingatan serta mencegah dari penyakit tersebut.

4. Melancarkan Pencernaan

Cuka delima yang diminum secara tidak berlebihan dapat mengurangkan keradangan pada usus, sehingga melancarkan pencernaan. Namun, perhatikan jumlahnya kerana pengambilan yang berlebihan dapat menyebabkan diarrhea.

5. Baik Untuk Jantung

Terbukti dapat membantu meningkatkan aliran darah dan menjaga kerja pembuluh arteri supaya tidak kaku dan tebal, akhirnya cuka itu dapat melambatkan pertumbuhan plak dan penumpukan kolesterol di arteri.

Namun bagi mereka yang mengamalkan ubat tekanan darah, cuka delima mempunyai reaksi negatif kepadanya jadi sebelum diamalkan, pastikan anda mendapat nasihat doktor.  CUKA DELIMA

6. Menambahkan Kesuburan 

Kandungan cuka itu dalam tubuh dapat meningkatkan kadar testoteron. Hormon itu adalah hormon yang mempengaruhi libido, pembentukkan massa otot, dan ketahanan tenaga.

7. Mengendalikan Diabetes

Buah delima merupakan ubat tradisional bagi pesakit Diabetes ketika dahulu di Timur Tengah dan India. Ternyata buah delima dapat membantu menurunkan gula dalam darah.  CUKA DELIMA

Begitu banyak khasiat yang ada pada cuka ini, kan? Bagi anda yang ingin menjaga kesihatan dan mempunyai gaya hidup yang lebih sihat, bolehlah amalkan cuka delima dalam diet harian anda.

Kredit: theAsianparent

Baca Juga: Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau.

tags: | |