Dahulu, makanan laut dijual pada harga yang murah dan mampu milik. Tapi kini, harganya melonjak tinggi sehingga boleh mencecah puluhan ringgit untuk sekilo. Ingin berjimat-cermat, ramai yang tidak membelinya.
Namun adakalanya tekak berasa teringin untuk menikmati aneka makanan laut yang ada. Soal harga tolak ke tepi, ada yang sanggup belanja ratusan ringgit untuk menikmati makanan laut.
Tapi kalau masak sendiri tentunya lebih jimat, lebih-lebih lagi bila terjumpa makanan laut yang dijual pada harga yang murah. Walaupun begitu, kita juga perlu berhati-hati, takut yang murah itu tak semuanya indah.
Terbaharu, seorang wanita izatirsln, telah mengunjungi sebuah pasaraya untuk membeli barangan dapur. Kebetulan juga, dia berasa teringin untuk makan lauk sotong.
Ketika mengambilnya, dia sangat berhati-hati dan cuma ambil yang secukupnya sahaja kerana tidak mahu dikenakan harga yang tinggi. Namun tak sangka pula setelah ditimbang, harga yang dikenakan hanyalah RM1.57.
Gembira kerana dapat berjimat, dia pulang ke rumah dan terus memasaknya. Kerana hanya mengambil yang sedikit, lauk yang terhasil hanya cukup seorang dan saiz sotong itu sangat kecil.
Melihat lauk yang disediakan, suaminya sehingga membebel kerana terlalu berjimat. Wanita itu menjelaskan bahawa dia tak sangka pula harga sotong yang diambil hanya RM1. Kalau tahu semurah itu, tentu dia akan mengambil dalam kuantiti yang lebih.
Menurutnya, ini mungkin sebabnya mengapa suaminya yang perlu membeli barangan dapur kerana dia sangat keberatan untuk berbelanja lebih gara-gara risau menghabiskan duit suami.
@izatirsln Sotong Murah 🤣 waktu amik tu tak expect pulak seringgit je 🤣🤣🤣 risau amik banyak kang mahal sgt pulak 🤣 kite ni tgh berjimat cermat 😜 #sotongmurah #scamdirisendiri #berjimatcermat sebab tu kena husband yg pegi beli, kalau I yg beli I serba salah nak habiskan duit laki I 🤣
@izatirsln Sotong Murah 🤣 waktu amik tu tak expect pulak seringgit je 🤣🤣🤣 risau amik banyak kang mahal sgt pulak 🤣 kite ni tgh berjimat cermat 😜 #sotongmurah #scamdirisendiri #berjimatcermat ♬ original sound – Double Y Empire
Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan kisahnya. Beli sedikit, yang penting dapat rasa makanan yang mengidam.
“Takpe asal dapat rasa, kalau nak beli sotong kayangan tak mampu.”, usik pengguna i_Faz.
Lauk sotong yang dibeli sangat sedikit tapi yang penting puas hati bila dimakan. Tak semua yang mampu untuk beli makanan laut dengan kuantiti yang banyak, memandangkan ia sangat mahal. Kiranya wanita itu sangat beruntung kerana dapat beli sotong pada harga RM1.
Kredit: izatirsln
Baca Juga: “Sepak Sampai Tumbang Baru Tau!” – Geram Dengan Mesin Minuman, Lelaki Ini Kesal Beli Lain Dapat Lain