Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bakal Tauke Besar..”, Walaupun Kecil, Gelagat Adik Ini Bantu Di Kedai Makan Tarik Perhatian Orang Ramai

“Bakal Tauke Besar..”, Walaupun Kecil, Gelagat Adik Ini Bantu Di Kedai Makan Tarik Perhatian Orang Ramai

Kategori:
di kedai makan

Bagi ibu bapa yang memiliki sebuah perniagaan kedai makan, masa yang ada sudah tentunya akan diluangkan di kedai bagi memastikan operasi perniagaan mereka berjalan dengan lancar. Oleh itu, hal itu memaksa segelintir dari mereka untuk membawa anak-anak bersama.

Membesar di kedai makan, anak-anak akan memerhati pekerjaan ibu bapa mereka yang sibuk menguruskan kedai makan mereka. Memandangkan seharian berada di sana, sudah tentu mereka akan berasa bosan. Sambil menunggu ibu bapa mereka siap bekerja, ada juga segelintir anak-anak yang akan membantu meringankan beban pekerjaan ibu dan ayah mereka ketika bekerja.

Masih Lagi Kecil Tapi Gigih Bantu Keluarga Di Kedai Makan

Terbaharu, seorang wanita berasa terhibur apabila melihat gelagat seorang adik kecil di kedai makan. Walaupun masih lagi pada usia yang sangat kecil, dia tetap berlegar di sana untuk menghulurkan sedikit bantuan. di kedai makan

Barangkali kedai makan itu dimiliki oleh ibu bapanya, ia kelihatan sibuk dan dipenuhi dengan beberapa orang pelanggan. Malah kedai itu kelihatan seperti kekurangan pekerja. Mungkin sedar dengan kesibukan yang perlu dihadapi oleh ibu bapanya, adik itu tampil dari dapur untuk menghantarkan minuman teh o ais pada pelanggan yang telah memesannya. di kedai makan

Setelah itu, dia ternampak meja makan yang belum lagi dikemaskan dan terus ke sana untuk mengambil pinggan makan yang telah digunakan untuk dibasuh. Melihat kerajinan adik itu yang gigih membantu, wanita itu berasa kagum.

https://www.tiktok.com/@hotman_cheras/video/7081903089409592602?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@hotman_cheras #ramadhan2022 ♬ ANGKAT TANGANMU BESTIE – Omokucrut

Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut terpegun melihat kerajinan adik itu. Sibuk membantu mak dan ayah di kedai makan, mereka turut memujinya.

“Bagus Adik Ni..” di kedai makan di kedai makan

Sikap adik ini sangat bagus. Kalau orang lain belum tentu ingin membantu tapi dia tetap ke sana ke sini untuk meringankan beban mak dan ayah yang penat menguruskan kedai makan itu. Semoga adik itu membesar dengan elok dan menjadi seorang yang berjaya di suatu hari nanti.

Kredit: TikTok hotman_cheras

Baca Juga: “Sampai Hati Kau..”, Wanita Gigih Siapkan Order Pelanggan Sempena Ramadan Tapi Kecewa Bila Kek Itu Dirosakkan

tags: | |