Semenjak penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia, kerajaan terpaksa melakukan pengajaran di atas talian bagi memastikan proses pembelajaran sentiasa berlaku. Namun memandangkan sekolah telah kembali dibuka, ibu bapa berlumba-lumba untuk menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah seperti dahulu.
Untuk memastikan warga sekolah selamat dan mengelakkan jangkitan virus itu, kerajaan telah memperkenalkan Safety Operation Procedure (SOP) yang pihak sekolah perlu patuhi seperti penggunaan hand sanitizer, pemakaian penutup muka dan pemeriksaan suhu.
Sebelum melangkah ke dalam sekolah, pihak pegawai kesalamatan bersama pekerja lain akan memastikan murid-murid mematuhi SOP yang ditetapkan. Oleh itu ada segelintir anak-anak kecil yang akan berasa gerun kerana segelintir pegawai keselamatan memiliki rupa yang agak tegas. Tapi ada juga yang selamba dan bermesra dengan mereka seperti kawan lama.
Memandangkan musim persekolahan telah bermula, seorang wanita beria berkongsi saat anaknya melangkah ke sekolah. Memandangkan wabak Covid-19 masih lagi berleluasa, dia telah menyediakan bekal makanan untuk dimakan oleh anaknya untuk waktu rehat. Tak perlu lah menggunakan pinggan dan membeli dari kantin.
Telah dibungkus dan diletakkan di dalam beg oren kecil, wanita tersebut menghantar anaknya itu sehingga ke hadapan pintu pagar sekolah. Dirakam detik itu, wanita itu bagaimanapun terkejut apabila melihat anaknya dengan selambanya menghulurkan beg yang diisi bekal makanan pada pegawai keselamatan ketika sedang sanitize tangannya. Dah macam kawannya pulak!
Tak kisah, pegawai kesalamatan itu memegang makanan itu sambil anaknya sedang membersihkan tangan. Setelah siap, dia menghulurkan bekal itu pada anaknya dan terus berlalu pergi setelah memeriksa suhu. Gelagat mereka berjaya hiburkan ibu itu.
https://www.tiktok.com/@sha_8891/video/7078822744980245787?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@sha_8891 Mmg kawan ke dgn pakcik tu faezrul oii🤣#fyp #sekolah #lunchbox ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Bila menjengah di ruangan komen, tindakan pegawai kesalamatan itu membuatkan ramai berasa bahawa dia amat mesra dengan murid-murid di sana dan sangat mesra dengan mereka.
Memang comel sangat bila tengok gelagat murid itu dengan pegawai keselamatan sekolah. Dah macam kenal dan biasa dengan satu sama lain, dari segi rupa dan caranya, pakcik itu nampaknya seorang yang baik dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pegawai keselamatan. Patutlah adik tu nampak selesa je dengannya.
Kredit: TikTok sha_8891
Baca Juga: Tembikai Keluarkan Buih & Bunyi Gas, Wanita Ini Takut Buah Itu Akan Meletup Seperti Bom