Kegiatan merokok di kedai makan masih lagi berleluasa meskipun pelbagai tindakan yang telah diusahakan oleh pihak berkuasa untuk menghentikannya. Walaupun banyak peringatan telah dikeluarkan, segelintir individu tidak segan silu untuk merokok di kawasan awam.
Tindakan merokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan perokok, tapi mereka juga yang berada berdekatan. Sebelum berbuat begitu, seharusnya perokok juga perlu mempertimbangkan mereka sekeliling, terutamanya anak-anak kecil.
Di laman TikTok, seorang pengguna, yan_ummi.awa, memuat naik sebuah video dan meluah rasa kecewanya dengan seorang individu yang selamba merokok di kedai makan walaupun gerai tersebut mempunyai anak-anak kecil.
Menurutnya, dia sedar bahawa mungkin salahnya juga kerana membawa anak-anak makan di gerai makan yang tidak mempunyai tanda larangan merokok, namun individu itu seharusnya mempunyai kesedaran untuk tidak berbuat begitu apabila berada di tempat awam.
@yan_ummi.awa #ad roti canai sarang burung batu 9 sedap. #commonsense #nosmoking
@yan_ummi.awa #ad roti canai sarang burung batu 9 sedap. #commonsense #nosmoking ♬ original sound – Razif Rayyan
Menjengah di ruangan komen, perkara itu undang rasa marah dari segelintir warganet. Malah, perkara itu turut pernah terjadi pada mereka. Seharusnya perokok mempunyai common sense dan tidak berbuat begitu.
Malah, mereka turut menasihati wanita itu untuk menegur jika bertemu dengan perokok yang tidak bertimbang rasa. Jika masih merokok di kawasan awam lebih-lebih lagi jika anak kecil bersama, seeloknya nasihati perokok untuk berhenti merokok.
Tabiat merokok ini tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan, seharusnya perokok bertimbang rasa dan lebih peka dengan keselesaan orang lain. Jangan kerana tabiat anda, orang lain pula yang terkesan.
Kredit: TikTok yan_ummi.awa