Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sampai Hati Kau..”, Wanita Gigih Siapkan Order Pelanggan Sempena Ramadan Tapi Kecewa Bila Kek Itu Dirosakkan

“Sampai Hati Kau..”, Wanita Gigih Siapkan Order Pelanggan Sempena Ramadan Tapi Kecewa Bila Kek Itu Dirosakkan

Kategori:
ORDER PELANGGAN

Sempena meraikan bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi, orang ramai mengadakan majlis atau sambutan secara kecil-kecilan sebelum bermulanya puasa.

Oleh itu, peniaga kecil akan menerima pelbagai tempahan makanan dari pelanggan. Demi mencari rezeki, mereka gigih menyediakannya walaupun hal itu akan mengambil sedikit waktu lapang mereka untuk menyiapkan setiap pesanan pelanggan.

Malah ia juga memakan kos, jadi peniaga perlu sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan. Tempahan yang disediakan perlulah menjadi supaya mereka tidak perlu mengulangi proses itu. Perkara tersebut bukan sahaja akan memakan waktu malah merugikan. Tapi hal yang tidak diduga juga akan berlaku walaupun langkah-langkah berjaga telah diambil.

Gigih Siapkan Order Pelanggan Tapi Akhir Sekali..

Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video dan berkongsi peristiwa sedih yang telah menimpa dirinya ketika sedang menyiapkan tempahan salah seorang pelanggannya.

Perlu menyediakan tempahan kek marble oleh pelanggan sempena meraikan Ramadan yang akan datang, wanita itu dengan gigihnya menyiapkannya di dapur rumahnya. ORDER PELANGGAN

Sebelum perlu menghantarkan kek itu pada hari esok, wanita itu menghabiskan waktunya dengan penuh teliti menyediakan tempahan itu. ORDER PELANGGAN

Setelah siap dibakar, dia membiarkan kek itu rehat semalaman sebelum dibungkus untuk dihantar. Namun bila bangun pada keesokkannya, wanita itu terkejut apabila melihat kek itu telah ‘dirosakkan’ oleh kucing perliharaannya. ORDER PELANGGAN

Tak mampu menyelamatkan order pelanggan itu, wanita itu kesal dengan kejadian tersebut tapi tidak mampu nak menyalahkan kucing itu sepenuhnya. Akhirnya terpaksalah sabar.

@sarina_anuar Oyen 😭😭😭 Sampai hati kau 😠 #kekmarblejelita #kekramadhan #vanillabuttercake #oyenpunyapasal ♬ original sound – ælya

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa ‘geram’ dengan perkara itu. Ada juga yang menyalahkan kucing tersebut.

Semua Salah Kucing ORDER PELANGGAN

Siapa sahaja akan berasa kecewa dan sedih apabila terjadinya perkara sebegini. Dengan penuh gigihnya menyediakan kek-kek itu tapi akhirnya dirosakkan oleh si Oyen.

Nak marah pun tak mampu, mungkin si Oyen itu hanya nak melakukan test taste untuk memastikan kek itu sedap sebelum dihantarkan pada pelanggan.

Kredit: TikTok sarina_anuar

Baca Juga: Pelanggan Order Nasi Goreng Kambing Spicy Tapi Lambat. Bila Tengok Di Kedai, Rupanya Ini Puncanya

tags: | |