Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Goreng Ikan Tapi Minyak Berbuih Lain Macam, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Makan

Goreng Ikan Tapi Minyak Berbuih Lain Macam, Wanita Ini Terus Hilang Selera Untuk Makan

Kategori:
MINYAK BERBUIH

Minyak masak merupakan bahan memasak yang amat penting dan boleh digunakan dalam pelbagai cara. Bukan sahaja untuk menggoreng, ia merupakan sesuatu yang wajib ada di dapur.

Memandangkan terdapat pelbagai jenis jenama minyak masak yang boleh didapati di pasaran, orang ramai perlulah berhati-hati ketika membeli. Ini kerana minyak masak yang berkualiti adalah amat susah untuk dicari. Jika tersalah pilih, ia akan merosakkan rasa makanan anda yang sedang dimasak.

Goreng Ikan Tapi Minyak Berbuih Lain Macam

Ingin menggoreng ikan dan telur untuk dimakan bersama sepinggan nasi putih, seorang lelaki telah ke dapur untuk menyediakannya. Telah memanaskan minyak masak di dalam kuali, dia terus menggorengnya.

Namun lama-kelamaan, lelaki itu mula menyedari sesuatu yang aneh apabila mendapati minyak berbuih di dalam kuali. Terlalu banyak, dia terus menggorengnya sehingga ianya masak sepenuhnya tapi terus hilang selera untuk memakannya apabila hal itu terjadi.

Guna minyak seri murni berbuih… Apa masalah ni?? Buat goreng telur dan ikan. Tak jadi nk makan!!

MINYAK BERBUIH MINYAK BERBUIH MINYAK BERBUIH

Namun bila menjengah di ruangan komen, orang ramai berkongsikan bahawa hal itu merupakan perkara biasa dan akan berlaku. Minyak berbuih juga tidak akan mengubah rasa makanan terlalu drastik dan barangkali ia terjadi kerana minyak tersebut pernah digunakan untuk menggoreng telur.

“Benda Biasa..” MINYAK BERBUIH

Selain itu, ada yang menasihatkannya untuk lebih kerap ke dapur memandangkan hal itu merupakan perkara yang biasa terjadi bila sedang menggoreng telur. Untuk mengelakkan perkara itu, sewajarnya dia menggoreng ikan terlebih dahulu, barulah telur.                  ]

“Kena Lebih Kerap Ke Dapur..” MINYAK BERBUIH

Isu minyak berbuih ini merupakan sesuatu yang sudah lama terjadi. Seharusnya kita tidak terlalu risau kerana perkara itu tidak akan menjejaskan makanan atau kesihatan kita. Jangan membazir, ia masih lagi boleh digunakan untuk memasak.

Kredit: Badri Abdullah via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

Baca Juga: “Macam Tak Percaya..”, Peniaga Kecil Jual Kuih Dengan Harga ‘Runtuh’, Wanita Ini Sampai Terkejut

 

tags: | |