Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Hanya Guna 5 Bahan, Ini Cara Yang Senang Buat Somtam Mangga Cukup Rasa Masam & Manis. Resipi Khas Dari Ibu!

Hanya Guna 5 Bahan, Ini Cara Yang Senang Buat Somtam Mangga Cukup Rasa Masam & Manis. Resipi Khas Dari Ibu!

Kategori: ,
somtam mangga

Tidak dapat dinafikan bahawa hidangan somtam adalah antara hidangan dari negara Thailand yang mendapat tempat di hati penikmat makanan rakyat Malaysia. Dengan rasa gabungan masam manisnya, memang sedap dimakan bersama nasi sebagai penyedap makanan dan dijadikan hidangan sampingan. Boleh bertambah nasi tau!

Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan cara buat somtam manggaa dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja! Jom kita cuba buat resepi somtam mangga style ibu ini hasil perkongsian Ameera. Cara penyediaan simple tapi sedap sangat!

Hanya Guna 5 Bahan, Ini Cara Yang Senang Buat Somtam Mangga Cukup Rasa Masam & Manis. Resipi Khas Dari Ibu!

somtam mangga

Bahan-Bahan:

  • 4 biji mangga
  • sedikit udang kering (saiz kecil)
  • 1 biji bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • sos Thai

Cara Penyediaan:

  1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah. somtam mangga
  2. Masukkan udang kecil. somtam mangga
  3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis. somtam mangga
  4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut citarasa masing-masing. somtam mangga
  5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa. somtam mangga
  6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba. somtam mangga

Siap dan boleh dihidang somtam mangga kita ni! Nak ratah sahaja boleh, nak makan dengan nasi lagi mantap! Memang menjadi penambah selera ni tau. Gabungan rasa masam-manis yang sebati dan sedap. Kalau korang ada mangga muda misalnya dan tak tahu nak buat apa, bolehlah buat resepi ni.

Tak rugi cuba, pasti akan ulang masak lagi. Semoga perkongsian car buat somtam mangga ini bermanfaat buat semua dan selamat menikmati.

Sumber: Ameera

Baca juga: Resepi Lejen Orang Kelantan! Ini Cara Masak Gulai Kerutuk Kaki Ayam Yang Pekat Melikat, Ratah Saja Pun Sedap!

tags: | |