Berikut adalah Resepi Ais Cendol dan membuat menu es cendol tanpa pewarna makanan. Resepi in sangat senang dan bahan yang sangat senang untuk diperolehi.

Kalau tengah panas-panas dapat minum ni, memang sedap dan menyegarkan.

 

Resepi Ais Cendol

Bahan cendol adalah:

  • 16 lembar daun pandan
  • 800 ml air
  • 150 gr tepung beras ( sekitar 14-15 sdm)
  • 7 sdm tepung maizena
  • Sedikit garam

 

Bahan kuah santannya adalah:

  • 300 ml air
  • 1 bungkus santan kara 65 ml
  • Selembar daun pandan
  • Sedikit garam

 

Bahan kuah gula adalah :

  • 300 ml air
  • 100 gr gula jawa
  • Selembar daun pandan
  • 3 sdm gula pasir/sesuai selera

Cara-cara Memasak:

  1. Kisarkan daun pandan dahulu. Tambahkan seidkit air. Perahkan daun pandam yang dikisar halus tadi. Sisihkan dahulu.
  2. Masukkan tepun beras, tepung maizena, garam dan adukkan hingga sebati. Masukkan air panda sedikit demi sedikit hingga sebati. Saringkan supaya tiada yang berketul. Masakkan sehingga mengental. Diamkan sebentar.
  3. Bentukkan adunan seperti cendol. Simpankan didalam peti sekejap.
  4. Masukkan santan kedalam periuk berisi air, daun pandan dan sedikit garam. Masakkan sehingga mendidih. Ketepikan seketika.
  5. Masukkan gula jawa, daun pandan dan gula pasir. Masakkan sehingga mendidih dan gula larut.
  6. Masukkan bahan gula jawa dan santan kedalam gelas yang berisi ais. Masukkan cendol dan siap untuk disajikan.

 

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 14 times!)