Hari ini kami akan kongsikan Resepi Selai Nanas. Resepi yang hanya memerlukan sedikit sahaja bahan-bahannya. Resepi ini sangat ringkas dan bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi.
Sangat sesuai buat sarapan atau minum petang anda semua. Berikut resepi membuat selai nanas untuk olesan roti tawar.
Resepi Selai Nanas
Bahan diperlukan:
- 500 gram buah nanas
- 5 sdm gula pasir/ sesuai selera
- 3 biji cengkeh
- Kayu manis
- Sedikit garam
Cara-cara Memasak:
- Blend haluskan nanas terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan kedalam kuali dan masak seketika. Masukkan gula pasir, cengkih, kayu manis dan garam. Gaulkan supaya sebati.
- Apabila masak, diamkan seketika dan oleskan pada roti. Potong roti mengikut selera masing-masing dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.
Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :
Kredit Oleh : Mama Adeeva