Kuih apam merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Terdapat aneka kuih apam yang telah dicipta dan boleh dicuba tapi buat para ibu, wajib mencuba kuih apam cornetto.
Berwarna ceria, kuih apam cornetto ini nampak sungguh cantik dan anak-anak tentu akan tertarik untuk mencuba. Di sini kami berkongsi resepi yang telah diolah oleh Jasmanira Arifin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Ini Cara Buat Apam Cornetto, Sangat Warna-Warni & Cantik! Rasa Sayang Pula Nak Makan
Bahan-bahan
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu ovelete – dapatkan di sini
- 1 cawan gula halus
- Sedikit esen vanilla
- 3 cawan tepung gandum (diayak)
- 3/4 cawan air aiskrim soda
- Pewarna ikut suka
- Coklat masakan
Cara penyediaan
- Putar telur, ovelete, gula dan esen vanilla sehingga gebu dan likat.
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
- Kemudian, bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan warna kegemaran anda.
- Masukkan ke dalam pipping bag dan paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
- Kemudian, kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20 minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
- Sementara itu, panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boil. Kemudian, curahkan coklat masakan di atas apam yang telah masak dan taburkan gula warna atau kekacang.
Wah! Nampak menarik sangat apam cornetto ini, kan? Cantik dan tentunya sangat sedap bila dimakan. Satu tentu tak akan cukup punya! Jadi bagi ibu-ibu, bolehlah cuba resepi ini untuk anak-anak tau.
Selamat mencuba!
Kredit: Jasmanira Arifin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Nak Breakfast Yang Mudah? Jom Cuba Resepi Lempeng Kelapa Yang Enak, Teringat Pula Dekat Emak