Langkau ke kandungan

Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Tanpa Guna Oven, Mudah & Rangup!

Resipi

5 bahan, 7 langkah

Terus ke resipi
Cornflakes Coklat

Rata-rata kebanyakan orang hanya menggunakan cornflakes untuk membuat cornflakes madu. Sebenarnya, pelbagai aneka jenis biskut boleh dibuat menggunakan cornflakes ini. Disini saya kongsikan resepi cornflakes coklat yang sangat mudah dibuat kerana tidak perlu bakar dan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Jom cuba buat cornflakes coklat resepi daripada Ayue Idris.

Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Mudah & Rangup Tanpa Oven

Bahan-bahan:

  • Milk Compound Chocolate 9Beryl’s) 250g
  • Cornflakes – 5 cawan
  • Buttercup – 1 sudu besar
  • Almond – 60g
  • Papercup

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat bersama butter. Biarkan sejuk.Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Tanpa Guna Oven, Mudah & Rangup!
  2. Sangai almond hingga rangup.
  3. Ramas kasar cornflakes.
  4. Campurkan cornflakes, almond dan coklat. Gaul sehingga rata.Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Tanpa Guna Oven, Mudah & Rangup!
  5. Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu.Ini Cara Buat Cornflakes Coklat Tanpa Guna Oven, Mudah & Rangup!
  6. Kemudian biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit.
  7. Siap!

 

Kredit: Ayue Idris

Selamat mencuba!

 

Baca: Resepi Biskut Peanut Butter Old School, Memang Legend!

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga