Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Cucur Ayam Pedas Yang Rangup, Makan Masa Musim Hujan Pun Tetap Nikmat!

Ini Cara Buat Cucur Ayam Pedas Yang Rangup, Makan Masa Musim Hujan Pun Tetap Nikmat!

Kategori: ,
cucur ayam pedas

Musim hujan sekarang ini boleh membuat sesiapa sahaja mudah lapar, kan? Asyik makan bubur dan maggi sahaja tentu kita juga akan mudah berasa bosan, kan?

Jangan risau, jom ubah selera dan cuba pula cucur ayam pedas ini. Bukan sahaja sedap untuk dinikmati sebagai minum petang tapi untuk cuaca mendung pun sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosmanita Elin di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ini Cara Buat Cucur Ayam Pedas Yang Rangup, Makan Masa Musim Hujan Pun Tetap Nikmat!

Bahan-Bahan

  • Isi ayam
  • Telur ayam
  • Daun kari
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Lada hitam
  • Serbuk ikan bilis atau ayam – guna jenama ini

Cara-caranya

  1. Dalam food processor (boleh dapatkan di sini), letakkan semua bahan kecuali cili merah dan daun kari.  cucur ayam pedas
  2. Mix sehingga semua bahan menjadi sebati. cucur ayam pedas
  3. Keluarkan campuran dan letakkan dalam satu bekas, tambah daun kari dan cili merah dan gaul seketika. cucur ayam pedas
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng cucur satu per satu hingga keperangan. cucur ayam pedas
  5. Angkat dan toskan minyak, sedia untuk dicicah bersama sos kegemaran anda.cucur ayam pedas cucur ayam pedas

Dah siap akhirnya cucur ayam pedas ini, pastikan makan semasa ia masih panas untuk lebih nikmat.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Rosmanita Elin

Baca Juga: Campur 3 Bahan Ini, Rasa Ayam Goreng Biasa Jadi Luar Biasa. Kena Cuba Sebab Memang Sedap Rangup Tak Terhingga!

tags: | | |