Ketika kecil, kita sering menemui satu tin Danish Butter Cookies yang sering disorok oleh mak-mak, kan? Walaupun ringkas sahaja, biskut itu tetap digemari. Rasanya sangat manis dan berkrim, sedap dimakan.
Selalunya, anda boleh membelinya tapi lebih puas hati bila kita buat sendiri. Bolehlah simpan banyak-banyak. Jika anda nak cuba, ini resepi Danish Butter Cookies yang telah dikongsikan oleh Widyana Ali. Paling bagus, resepi ini Gluten-Free jadi sesuai untuk mereka yang alergik pada gandum.
Ini Cara Buat Danish Butter Cookies, Paling Penting Gluten-Free, Boleh Dimakan Semua
Bahan-bahan
- 50 gram tepung jagung atau potato starch
- 100 gram gula tebu organik – dapatkan di sini
- 225 gram mentega asli sejuk, potong kiub
- 260 gram tepung serbaguna
Cara penyediaan
- Masukkan gula, mix selama sepuluh saat pada kelajuan 9 (ikut setting Mixer masing-masing).
- Tambahkan tepung jagung, tepung serbaguna dan mentega. Mix selama lima belas saat pada kelajuan 6. Mixture akan menjadi lerai.
- Uli menggunakan fungsi Dough selama empat puluh lima saat.
- Bila dah siap, keluarkan doh dan bentukkan petak atau bentuk anda suka.
- Bakar dalam oven selama dua puluh minit pada suhu 160 darjah celsius.
- Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Boleh juga celup dalam coklat cair untuk rasa yang lebih sedap.
Mudah sangat resepi ini, kan? Bagi anda yang sangat gemarkan Danish Butter Cookies, sesuailah untuk mencuba. Sangat sedap, rangup dan boleh dicicah dengan apa jua minuman atau topping kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Kredit: Widyana Ali
Baca Juga: Resepi & Tips Bawang Putih Jeruk, Boleh Simpan Sampai 2 Bulan!