Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Ini Cara Buat Ketam Masak Telur Masin, Sedap Sangat Sampai Hidangan Ini Jadi Kesukaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Rasida by Rasida
Februari 8, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
ketam masak telur masin
0
SHARES
142
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan selebriti tanah air yang terkenal hingga ke luar negara. Mempunyai pengikut yang begitu ramai di media sosial, setiap apa yang dilakukan oleh beliau mendapat perhatian. Malah, bagi peminat tegar beliau, makanan kesukaannya turut diingati.

BacaJuga

Bosan Dengan Resepi Biasa Ketam? Ini Resepi Baru Kari Ketam Tumis Darat Bersama Nenas

Bosan Dengan Resepi Biasa Ketam? Ini Resepi Baru Kari Ketam Tumis Darat Bersama Nenas

Februari 2, 2023
18
KETAM BERGADUH

“Jenis Panas Baran!” – Aksi 2 Ekor Ketam Bergaduh Di Pantai Buat Netizen Terhibur

November 17, 2022
1

Semenjak akhir-akhir ini, beliau asyik memuat naik hidangan Ketam Masak Telur Masin menerusi laman Instagramnya. Nampak sedap, orang ramai teringin untuk mencubanya. Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi ketam masak telur yang telah diolah oleh Dee Baa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ini Cara Buat Ketam Masak Telur Masin, Sedap Sangat Sampai Hidangan Ini Jadi Kesukaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam
  • 4 sudu besar mentega
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • 6 batang cili padi (dipotong, terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja, plus 1 biji diambil putihnya, hancurkan)
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula

Bahan Goreng Ketam

  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam ketam masak telur masin

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk sikit bahagian sepit yang keras tu supaya retak. Ini supaya memudahkan anda makan.
  2. Kemudian, kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam itu terlebih masak dan isisnya kekal pejal.
  3. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian, goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
  4. Cairkan mentega dalam kuali yang panas. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, daun kari dan telur masin. Kacau sehingga berbuih. ketam masak telur masinketam masak telur masin
  5. Setelah berbuih, masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat, bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa. ketam masak telur masin ketam masak telur masinketam masak telur masin
  6. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang. ketam masak telur masin

Bagi penggemar ketam, korang perlu cuba hidangan ini. Nampak sungguh menyelerakan, ketam masak telur masin ini sesuai diratah dengan begitu sahaja. Serius puas hati!

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Dee Baa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Ini Cara Buat Sos Hijau Thai Paling Mudah, Sedap & Berkrim. Boleh Cicah Bersama Aneka Makanan

0/5 (0 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
udemy free download
download xiomi firmware
Tags: Ketamresepi ketamResepi Ketam Telur MasinTelur Masin
ShareTweetSend

Related Posts

cocktail rasa mantap macam dekat kedai
Masak Apa Hari Ini?

Nak Buat Mocktail Rasa Mantap Macam Dekat Kedai? Rupanya Kena Campur 2 Bahan Ni Barulah Rasa Wow!

Mac 22, 2023
563
gulai kacang
Masak Apa Hari Ini?

Gulai Kacang Letak Hati & Pedal Ayam Buat Ramai Terliur, Ini Resipi Menarik Serta Unik Patut Korang Cuba Untuk Puasa & Raya Kali Ni!

Mac 22, 2023
54
daging goreng tumbuk
Masak Apa Hari Ini?

Cara Buat Daging Goreng Tumbuk, Makan Dengan Nasi Panas Atau Buat Nasi Goreng Pun Sedap!

Mac 22, 2023
115
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist