Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Sup Ayam Ginseng Ala Korea Atau Samgyetang. Memang Sedap & Bagus Untuk Kesihatan

Ini Cara Buat Sup Ayam Ginseng Ala Korea Atau Samgyetang. Memang Sedap & Bagus Untuk Kesihatan

Kategori: ,,
sup ginseng ala korea

Negara Korea bukan sahaja terkenal gara-gara Kpop dan K-Drama tapi juga masakannya yang sangat sedap dan menyihatkan tubuh badan.

Selain Kimchi, sup ayam ginseng ala Korea atau lebih dikenali dengan nama Samgyetang juga menjadi kesukaan ramai. Lebih-lebih lagi di musim hujan seperti sekarang, ia boleh dinikmati bagi tujuan memanaskan badan.

Nak tahu cara untuk membuatnya? Ikuti resepi ini yang telah dikongsikan oleh Hasbullah Ahmad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Memang mudah dan ringkas sahaja!

Ini Cara Buat Sup Ayam Ginseng Ala Korea Atau Samgyetang. Memang Sedap & Bagus Untuk Kesihatan

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan beras pulut atau beras butir pendek
  • 1 ekor ayam muda
  • 15 hingga 20 ulas bawang putih
  • 3 biji buah kurma merah Cina
  • Segenggam ginseng – dapatkan di sini
  • Daun bawang
  • 1 sudu besar stok ayam
  • Garam
  • Lada hitam

Cara-caranya

  1. Basuh beras dan rendam seketika. sup ginseng ala korea
  2. Bersihkan ayam seeloknya dengan garam. Pastikan ayam tiada darah atau bau yang tidak menyenangkan. sup ginseng ala korea
  3. Hiris bawang putih. sup ginseng ala korea
  4. Buang biji buah kurma dan hiris nipis-nipis. sup ginseng ala korea
  5. Sumbat beras yang telah direndam bersama bawang putih, buah kurma merah dan ginseng ke dalam ayam seperti dalam gambar. sup ginseng ala korea
  6. Tutup atau ikat bukaan ayam. sup ginseng ala korea
  7. Rebus ayam dengan air yang secukupnya. Guna api yang besar selama 20 minit, kemudian tukar ke api sederhana besar selama 30 minit. Pastikan isi ayam cukup masak dan nasi di dalam ayam masak sekata. sup ginseng ala korea
  8. Dah hujung masak-masak, taburkan daun bawang. sup ginseng ala korea
  9. Ayam boleh dicarik atau dipotong untuk dihidangkan. Jangan lupa keluarkan nasi yang disumbat di dalam ayam tadi.sup ginseng ala korea sup ginseng ala korea

Sudah siap hidangan ini, sup ayam ginseng ala Korea ini boleh dimakan begitu sahaja, paling best bila dinikmati semasa hari sedang hujan lebat.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Hasbullah Ahmad

Baca Juga: Jom Buat Kimchi Sujebi, Memang Best Dinikmati Ketika Hari Hujan

tags: | | |