Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Telur Dadar Air Fryer Dengan Mudah, Lebih Sihat & Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Diet

Ini Cara Buat Telur Dadar Air Fryer Dengan Mudah, Lebih Sihat & Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Diet

Kategori: ,
Telur Dadar Air Fryer

Bagi mereka yang sedang diet dan menjaga berat badan serta kesihatan, telur ayam sering menjadi pilihan kerana merupakan sumber protein yang bagus. Selalu direbus juga sangat membosankan apa kata kita gorengkan pula?

Jangan risau, resepi telur dadar kali ini tidak memerlukan penggunaan minyak yang berlebihan. Malah tambahan sayur menjadinya sangat sihat buat anda, terutamanya yang sedang diet.

Nah, di sini kami kongsi cara buat telur dadar air fryer dengan mudah. Resepi ini telah diolah oleh Ahliya Faizal di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ini Cara Buat Telur Dadar Air Fryer Dengan Mudah, Lebih Sihat Dan Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Diet

Bahan-bahan

  • 4 biji telur ayam
  • 1/2 lobak merah
  • 1 biji cendawan shitake
  • Suku biji bawang besar
  • Capsicum
  • 4 hingga 5 tangkai daun bawang
  • Garam
  • Serbuk perasa Telur Dadar Air Fryer

Cara-caranya

  1. Panaskan Air Fryer terlebih dahulu selama 5 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut tetapan Air Fryer masing-masing. Telur Dadar Air Fryer
  2. Sambil itu, racik atau potong dadu kesemua bahan kecuali telur ayam.
  3. Dalam mangkuk, pecahkan telur dan tambahkan bahan-bahan yang disediakan tadi.
  4. Tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa dan kacau adunan telur dadar hingga sebati. Telur Dadar Air Fryer
  5. Kemudian, tuang dalam loyang atau bekas silikon yang air fryer-friendly (dapatkan di sini) dan goreng dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius. Telur Dadar Air Fryer
  6. Keluarkan dan sedia untuk dihidang. Telur Dadar Air Fryer Telur Dadar Air Fryer

Guna air fryer pun menjadi juga telur dadar ini, kan? Nampak sangat sedap, selain dimakan bersama nasi putih, anda juga boleh menjadikannya inti sandwich, sesuai juga dijadikan bekal makan tengah hari di sekolah atau pejabat.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Ahliya Faizal di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Mi Goreng Style Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Cuba Sekali Terus Nak Lagi

tags: | | | | |