Hash brown merupakan antara hidangan sarapan pagi yang sangat dikenali di negara Barat. Malah, ianya boleh didapati bersama hidangan sarapan pagi di McDonald’s. Bagi penggemar makanan kentang, ia sudah tentu memuaskan.
Oleh kerana sangat dikenali, hash brown juga boleh didapati dalam bentuk sejuk beku dan sedia untuk digoreng pada bila-bila masa. Namun, jika ianya sukar didapatkan, anda boleh cuba menyediakannya sendiri dari rumah. Dengan beberapa bahan sahaja, ianya amat mudah.
Nota: Kentang parut perlu diperah sehingga kering, pastikan tiada kelembapan. Kalau tidak, ia akan berair. Anda juga tidak perlu menggunakan tepung yang banyak, hanya sedikit sahaja bagi mengelakkannya menjadi cekodok.
Bagi penggemar Hash Brown dan makanan berkeju, bolehlah cuba resepi Cheesy Hash Brown yang mudah ini. Selepas ini, tak perlu sudah ke pasaraya dan menggeluarkan wang semata-mata teringin untuk menikmatinya. Buat sendiri lebih jimat dan berpuas hati.
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: AJ Idris via MAHN
Baca Juga: Resepi Roti Ketam Cheezy, Dilengkapi Dengan Cheese Yang Tarik Menarik Memang Sedap, Boleh Pengsan!