Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Sediakan Pucuk Paku Tumis Udang Kering, Lauk Ala Kampung Yang Begitu Sedap!

Ini Cara Sediakan Pucuk Paku Tumis Udang Kering, Lauk Ala Kampung Yang Begitu Sedap!

Kategori: ,
PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING

Ada kalanya kita akan berasa bosan dengan makanan barat dan fast food. Tekak ini rasa teringin pula untuk menikmati nasi putih bersama lauk-lauk ala kampung, kan?

Tak perlu ke kedai, anda boleh cuba menyediakan lauk pucuk paku tumis udang kering ini yang akan membuat anda teringat pada masakan ibu di kampung. Sangat ringkas, resepi ini telah dikongsikan oleh NaNie di laman Facebook. Nak tahu caranya? Jom baca secara lebih lanjut.

Ini Cara Sediakan Pucuk Paku Tumis Udang Kering, Lauk Ala Kampung Yang Begitu Sedap!

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Cili besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang kering
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa – guna yang ini
  • Pucuk paku
  • Minyak masak PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING

Cara penyediaan

  1. Tumbuk cili padi, cili besar dan bawang putih sehingga lumat. Ketepikan.  PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  2. Potong dan bersihkan pucuk paku. Ketepikan. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  4. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Kacau sehingga sebati. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  5. Masukkan pucuk paku dan gaul rata. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  6. Bila dah sedikit layu, boleh padamkan api. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING
  7. Sedia untuk dinikmati. PUCUK PAKU TUMIS UDANG KERING

Dan done pucuk paku tumis udang kering korang! Memang betul resepi ini terlampau ringkas, sesiapa sahaja yang boleh cuba. Kalau anda teringin hidangan kampung, boleh cuba sediakannya. Memang akan terpikat dengan rasanya.

Selamat mencuba resepi ringkas ini!

Kredit: NaNie

Baca Juga: Resepi Sayur Campur Ranggup Chinese Style, Sihat & Sesuai Untuk Korang Yang Nak Diet!

tags: | | | |