Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Daging Masak Hitam Teh Ton Yang Sedap, Resepi Turun Temurun Dari Mak

Ini Cara Untuk Menyediakan Daging Masak Hitam Teh Ton Yang Sedap, Resepi Turun Temurun Dari Mak

Kategori: ,
DAGING MASAK HITAM TEH TON

Setiap orang mempunyai resepi yang telah diwarisi oleh nenek moyang mereka. Ada yang ringkas dan mudah sahaja, ada pula yang mengambil sedikit waktu tapi tetap enak dan menyelerakan.

Kali ini kami ingin berkongsi resepi daging masak hitam teh ton, resepi turun menurun yang telah dkongsikan oleh Mizie Ahmad. Tambahnya resepi ini merupakan resepi yang telah diturunkan pada dirinya oleh emaknya. Bagi penggemar hidangan daging lembu, boleh lah ikuti resepi ini.

Resepi Daging Masak Hitam Teh Ton

Bahan A

  • 1kg daging lembu  (dipotong dan dibersihkan)
  • 1kg limpa lembu (dipotong dan dibersihkan)
  • 1kg hati lembu (dipotong dan dibersihkan) DAGING MASAK HITAM TEH TON

Bahan B

  • 1kg bawang kecil (diricik nipis)
  • 1 labu bawang putih (diricik nipis)
  • 1 inci halia (diricik nipis)
  • 250gram cili kering (ikut rasa kepedasan)
  • 1 senduk jintan manis biji DAGING MASAK HITAM TEH TON

Bahan C

  • 2 kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kiub kiub daging
  • 3 atau 4 senduk gula merah
  • 1 senduk gula putih
  • Asam jawa secukup rasa
  • Garam
  • Perasa

Cara Penyediaan

  1. Potong dan bersihkan bahan-bahan A. Toskan airnya.
  2. Goreng bahan-bahan B secara berasingan sehingga garing. Kawal api supaya baan gorengan tidak hangit. Ini akan menjejaskan rasa kerana akan memberi sedikit rasa pahit. DAGING MASAK HITAM TEH TON
  3. Kisar semua bahan-bahan yang digoreng tadi. Pastikan guna minyak gorengan tadi. Jangan sesekali guna minyak gorengan tadi. Jangan sesekali guna air untuk memesin bahan B kerana ini akan membuatkan warna masakan kurang menarik (tidak hitam).Perap bahan kisar bersama daging buat seketika.
  4. Tumis 4 sekawan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. DAGING MASAK HITAM TEH TON
  5. Masukkan daging yang diperap tadi dan masakkan sehingga kering. DAGING MASAK HITAM TEH TON
  6. Masukkan kiub daging.
  7. Masukkan gula merah dan gula putih. DAGING MASAK HITAM TEH TON
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masukkan garam dan perasa.
  10. Masak sehingga empuk. DAGING MASAK HITAM TEH TON

Nota:

  • Tiada kicap dicampur didalam masakan untuk mendapatkan warna gelap atau hitam.
  • Buanglebihan minyak setelah masakan siap.

Jika anda hanya menyediakannya untuk keluarga yang kecil, bolehlah kurangkan sukatan bahan-bahan yang digunakan. Ringkas dan nampak menyelerakan, hidangan ini perlu dicuba.

Selamat mencuba.

Kredit: Mizie Ahmad

Baca Juga: Ini Cara Buat Ayam Tandoori Homemade. Tak Perlu Clay Oven, Cuma Air Fryer Sahaja Dah Jadi

tags: |