Asam jawa merupakan bahan dapur yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Mempunyai rasa yang masam, ia turut digunakan dalam pelbagai jamu tradisional untuk menjaga kecantikan.
Bukan sahaja untuk menyedapkan masakan, bahan ini turut boleh diamalkan dalam pelbagai cara kerana ia mempunyai beberapa manfaat kepada kesihatan. Ini kerana ia mengandungi vitamin A, C, B, K dan juga mineral penting seperti fosfor, kalium, besi dan lain-lain.
Bagi anda yang ingin tahu khasiat asam jawa pada kesihatan dan cara untuk mengamalkannya, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.
Bagi anak-anak kecil yang kadang kala mengalami demam panas, ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian, air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat.
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan dibiarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Bagi yang sakit asma pula anda boleh rebus dengan potong dua kulit asam jawa dengan dua liter air sehingga mendidih kemudian ia ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua kali sehari. InsyaAllah dapat mengurangkan masalah sakit asma.
Bagi mereka yang mengalami luka atau masalah bisul juga boleh gunakan daun asam jawa. Ambil daun muda dan tumbukkan sehingga lumat. Tampalkan untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
Paling mujarab menyembuhkan batuk atau perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. Kemudian, ditapis dan diminum seperti biasa.
Bagi masalah alergik pula boleh cuba cara ini. Ambil dua atau tiga golong asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4senduk kapur sirih. Rebuskan semua bahan tersebut dengan tiga gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas air dan disaring. Kemudian, diminum dua kali sehari, pagi dan petang.
Sediakan tiga hingga lima biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian, bahagian bengkak tadi itu dibersihkan terlebih dahulu dan dibasahkan kain tersebut dengan minyak kayu putih. Selepas itu, taburkan atau tempelkan bahan tersebut di atas bahagian anggota yang bengkak.
Memang banyak kebaikan buah ini pada kesihatan. Memang tak hairan kenapa ianya masih lagi digunakan dan diamalkan dalam pelbagai perubatan tradisional.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Petua Herba Channel
Baca Juga: Ini Khasiat Labu Yang Masih Ramai Tak Tahu, Jom Amalkan Untuk Sentiasa Sihat & Cantik.