Cuka epal merupakan sejenis cuka yang terkenal dan banyak digunakan bukan sahaja dalam pelbagai jenis masakan tapi juga untuk menjaga kesihatan.
Diamalkan sejak zaman secara tradisional oleh masyarakat Mesir untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, ianya dijadikan sebagai tonik untuk melancarkan peredaran darah dalam badan. Buat anda yang tertanya mengenai khasiat cuka epal, jom baca dengan lebih lanjut.
1. Menggalakkan fungsi metabolisma berjalan dengan lancar. Lawas, pantas membakar kalori, menukar lemak menjadi tenaga, berpeluh, buang toksin.
2. Menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type). Kolesterol jahat ini akan menyumbat saluran darah jika tersimpan berlebihan dan tidak digunakan.
3. Mengimbang kadar air di dalam sel dan tubuh. Jika terlebih air boleh mengakibatkan perut boroi, muka sembab, pipi tembam, mudah kebas kaki dan tangan.
4. Mengurangkan masalah pembendungan air di dalam tubuh. Kadar air yang seimbang menjadikan tubuh langsing, cantik dan sihat.
5. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
6. Mengeluarkan sodium berlebihan dalam badan melalui perpeluhan dan perkumuhan.
7. Melancarkan peredaran darah. Lebih banyak oksigen dan nutrien dapat disalurkan ke sel-sel badan dan otak.
8. Boleh mencegah masalah cirit-birit kerana mempunyai bahan anti-diarrhea.
9. Membantu merawat masalah resdung. Melegakan simptom-simptom resdung seperti gatal-gatal pada kawasan mata, hidung dan telinga.
10. Awet muda dan menaikkan seri wajah. Bila tubuh bebas toksin, darah akan jadi bersih, usus bersih, oksigen mudah sampai ke otak dan sel-sel tubuh pun jadi segar, kira awet muda la!
1. Masukkan 1 sudu besar cuka epal ke dalam 1 gelas jus buah-buahan kegemaran. Kacau dan minum seperti biasa.
2. Masukkan 1 sudu besar cuka epal ke dalam segelas air suam. Kacau dan minum. Boleh tambah madu jika suka.
3. Untuk badan langsing, masukkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu kecil pati delima ke dalam segelas air suam. Kacau dan minum. Amalkan 3 kali sehari sebelum makan (sarapan, makan tengahari dan makan malam).
4. Boleh juga digunakan sebagai penyedap masakan di dalam masakan asam pedas ataupun tomyam.
Pelbagai khasiat yang ada pada cuka epal rupanya. Nak amalkan pun mudah. Minum bersama air suam pun boleh, memang patut lah cuka ini diamalkan sejak dahulu lagi.
Bagi anda yang ingin menjaga kesihatan, boleh lah cuba cuka ini.
Kredit: Liza Hamdi
Baca Juga: Ini Khasiat Asam Jawa Yang Anda Perlu Tahu, Boleh Mengubati Pelbagai Masalah Kesihatan.