Buah kulim merupakan buah yang sangat jarang dan susah ditemui. Terdapat hanya di dalam hutan, buah ini mendapat namanya di mana ianya ditemui iaitu di Kulim, Kedah.
Selain itu, orang pribumi turut memanggilnya bawang hutan kerana ianya sering digunakan sebagai perisa dalam masakan dan baunya seperti bawang putih. Namun, buah kulim ini mempunyai bau yang lebih perit dan menusuk.
(Buah Kulim)
Baru-baru ini pernah viral video tentang keajaiban air rebusan buah kulim yang mampu mengubati masalah buah pinggang kepada mereka yang belum dialisis.
Video yang dikongsikan itu telah menceritakan bagaimana pesakit buah pinggang yang telah disyorkan oleh doktor untuk menjalani rawatan dialisis. Namun, pesakit tersebut meminta penanguhan buat sementara kerana beliau ingin mencuba kaedah rawatan alternatif. Setelah 3 bulan beliau mengamalkam meminum air rebusan buah kulim selama 3 kali sehari, sakit buah pinggang yang dialami oleh beliau sembuh sepenuhnya.
Mengandungi komponen makronutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dan mikronutrein seperti vitamin B, C, E, mangenese, zat besi, selenium kuprum dan kalium, air rebusan buah kulim juga mampu untuk membersihkan darah dan mengeluarkan toksin dari dalam badan yang merupakan punca masalah kesihatan.
Selain dari merawat masalah buah pinggang, terdapat beberapa khasiat air rebusan buah kulim yang anda perlu tahu.
Untuk pengetahuan anda, air rebusan buah kulim ini sering diamalkan oleh orang dahulu kerana ianya sangat baik. Jadi memang tak hairan kenapa mereka sentiasa sihat dan bebas penyakit. Kalau bertemu dengan buah ini, jangan terlepas untuk amalkan petua ini. Tak rugi pun jika anda cuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Agro Malaysia
Baca Juga: Pelik Bila Kukus Buah Manggis? Tapi Ini 1001 Khasiat Buah Manggis Kukus Yang Ramai Tak Tahu!