Air sirap merupakan minuman terkenal buat orang dahulu dan masih lagi digemari oleh semua golongan masyarakat. Minuman ini juga sering dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan bulan puasa ketika dahulu, mampu menghilangkan rasa haus setelah penat seharian.
Bagi anda yang inginkan kelainan, boleh cuba resepi air sirap special ini yang lain dari yang lain. Mempunyai bau wangi dan rasa yang enak, anda boleh mencubanya sendiri. Jom ikuti resepi air sirap special yang telah dikongsikan oleh Abd Aziz Ishak di laman Facebook baru-baru ini. Mudah dan senang.
Resepi Air Sirap Special
Bahan-Bahan
- 1 kg gula pasir
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu sirap (pewarna sirap)
- Air secukupnya
Cara Penyediaan
- Campurkan air, gula, daun pandan ke dalam periuk. Kemudian, masukkan jintan manis, masukkan buah pelaga.
- Tambahkan sirap dan masak hingga pekat bergantung kepada cita rasa sendiri. Lebih lama masak lebih bagus.
- Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma yang sedap ditambah pula wangian daun pandan.
- Selepas siap, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti ais lagi menyamankan.
Nampak mudah sangat untuk menyediakannya, kan? Air sirap tersebut mempunyai bau dan rasa yang wangi kerana rempah-rempah yang telah digunakan. Segelas mampu melegakan haus setelah seharian penat bekerja. Jika anda inginkan sesuatu yang lain, boleh lah cuba resepi ini.
Kredit: Abd Aziz Ishak
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Membuat ‘Teh Masala’, Yang Menjadi Kegemaran Ramai