Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Jeli Laici Yang Mudah & Ringkas Sahaja Untuk Disediakan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Ini Resepi Jeli Laici Yang Mudah & Ringkas Sahaja Untuk Disediakan, Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Kategori: ,
jeli laici

Untuk berbuka puasa, sudah tentu kita tercari-cari pencuci mulut yang mampu menyejukkan tekak dan sesuai dimakan dengan pelbagai lauk pauk yang ada. Antara yang sering menjadi pilihan adalah puding dan jeli yang sangat menyegarkan.

Dari dibeli, lebih baik kita buat sendiri di rumah. Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu ikuti resepi jeli laici yang telah dikongsikan oleh Maria Bentalib. Mudah dan bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini tidak terlalu banyak, sesuai untuk anda mencuba. Beberapa jam sebelum berbuka dah boleh menyediakannya.

Cara Buat Jeli Laici Dengan Mudah, Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Bahan-Bahan

  • 1 liter air (guna air buah dalam tin tu dicampur dengan air kosong)
  • 1 tin buah laici
  • 1 paket agar-agar serbuk 10gram
  • 100gram gula pasirjeli laici

Cara Penyediaan

  1. Curahkan serbuk agar-agar dalam periuk yang ada air 1 liter.
  2. Jerang sampai lebih kurang sepuluh minit. jeli laici
  3. Masukkan gula dan kacau sehingga rata. Biarkan larut dan mendidih.
  4. Tuangkan di dalam acuan yang telah siap disusun buah laici dalam tu. jeli laici jeli laici jeli laici
  5. Biarkan hilang panas, baru masuk peti sejuk.
  6. Setelah beberapa jam, boleh keluarkan untuk dinikmati. jeli laici

Sememangnya resepi ini teramat mudah sahaja untuk disediakan. Bagi anda yang ingin mencuba pencuci mulut yang sesuai untuk berbuka puasa nanti. Sangat menyegarkan tekak, jadi anda haruslah cuba.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi jeli laici ini.

Kredit: Maria Bentalib

Baca Juga: Cara Buat Kuih Lompat Tikam Terengganu Yang Super Mudah. Sedap Pula Tu!

tags: | |