Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Sejuk Tekak Bila Dimakan, Ini Resepi Puding Green Tea Cincau Yang Sesuai Sebagai Pencuci Mulut Di Bulan Puasa

Sejuk Tekak Bila Dimakan, Ini Resepi Puding Green Tea Cincau Yang Sesuai Sebagai Pencuci Mulut Di Bulan Puasa

Kategori: ,
PUDING GREEN TEA CINCAU

Puding merupakan sejenis hidangan pencuci mulut yang amat digemari ramai. Ringkas sahaja untuk disediakan dan sangat menyejukkan tekak, ia juga menjadi antara juadah pencuci mulut pilihan ketika bulan Ramadan.

Sememangnya anda boleh mendapatkannya di mana-mana gerai kecil di Bazar Ramadan tapi jika anda ingin mencuba sedikit kelainan, anda boleh cuba menyediakan puding green tea cincau ini. Resepinya telah dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat mudah dan ringkas sahaja.

Cara Buat Puding Green Tea Cincau, Sesuai Sebagai Pencuci Mulut Di Bulan Puasa

Bahan-Bahan

  • Sebungkus agar-agar tali
  • Air kosong
  • 4 hingga 5 sudu besar serbuk green tea
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • Secubit garam
  • Cincau

Cara Penyediaan

  1. Rendamkan serbuk green tea dengan air panas.
  2. Masak agar-agar dengan air kosong sehingga larut.
  3. Kemudian, masukkan air rendaman green tea tadi. Kacau sebati. PUDING GREEN TEA CINCAU
  4. Masukkan susu cair, susu pekat, gula serta garam.
  5. Bila dah mendidih dan rasa semuanya elok, dah boleh tutup api. Biarkan manis sedikit sebab nanti sejuk, bimbang akan rasa tawar. PUDING GREEN TEA CINCAU
  6. Tuang agar-agar ke dalam bekas. Kemudian, taburkan cincau yang sudah dipotong atau dicincang. PUDING GREEN TEA CINCAU
  7. Biarkan suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Simpan selama beberapa jam. Bila sudah mengeras, boleh sedia untuk dinikmati. PUDING GREEN TEA CINCAU PUDING GREEN TEA CINCAU

Puding green tea cincau ini memang teramat mudah untuk disediakan. Sebelum ingin berbuka, anda dah boleh mengeluarkannya dari peti ais untuk dihidangkan. Sangat menyejukkan tekak dan sesuai bagi mereka yang meminati green tea.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Novelis Affieyza Isahak di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Dadih Homemade Pelbagai Perisa, Tak Perlu Guna Serbuk Segera Pun

tags: | | | |