Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Roti Butter Golok Viral Yang Mudah & Sedap, Peminat Roti Perlu Cuba!

Ini Resepi Roti Butter Golok Viral Yang Mudah & Sedap, Peminat Roti Perlu Cuba!

Kategori: ,
RESEPI-ROTI-GOLOK-VIRAL

Roti merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh dimakan dengan pelbagai cara. Terdapat pelbagai pilihan roti yang boleh dicuba tapi siapa boleh lupakan roti butter yang sering dijual di bakeri?

Nampak enak dan menyelerakan, sebenarnya ianya mudah sahaja untuk disediakan. Bagi anda yang ingin cuba, boleh lah membaca resepi ini dengan lebih lanjut.

Resepi Roti Butter Golok Viral

Bahan-Bahan

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis (guna yang ini)
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 sudu planta
  • 3 1/2 cawan tepung
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Campurkan yis dan air, biarkan yis rehat dan berbuih dahulu.
  2. Telur dipukul sedikit.
  3. Campurkan susu pekat, gula, planta dan telur ke dalam tepung tadi (Kacau sebati.)
  4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi (Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan sudah memadai.)
  5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
  6. Kemudian, tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga ianya cantik licin.
  7. Boleh lah bentukkan doh dan letakkan dalam bekas.
  8. Rehatkan doh sekali lagi. Biarkan ia naik 2 kali ganda.
  9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak pada suhu 150 C.
  10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan taburkan dengan gula halus. RESEPI-ROTI-GOLOK-VIRAL RESEPI-ROTI-GOLOK-VIRAL

Mudah sahaja resepi ini, kan? Bagi penggemar roti, boleh lah cuba resepi roti butter golok viral ini. Bila dimakan, pasti akan membangkitkan pelbagai kenangan indah bila ke kedai roti sewaktu kecil dahulu.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Em Elly Na

Baca Juga: Jom Cuba Resepi Premium Royal Thai Buttercake, Desert Lovers Perlu Cuba!

tags: