Selain masakan ibu, masakan isteri juga adalah masakan terbaik. Dimasak dengan penuh kasih sayang dan ketelitian demi mengenyangkan perut orang-orang tersayang. Sehinggakan kalau dalam sehari tidak menjamah masakan isteri tidak lengkap rasanya.
Untung sangat kan sesiapa yang mempunyai isteri yang rajin masak ni. Walaupun penat bekerja, walaupun penat menjaga anak-anak mereka ini tetap gigih memasak untuk orang tersayang. Kadangkala tu ada yang para ibu atau isteri yang gigih bangun awal pagi untuk menyiapkan bekal kepada anak atau suami.
Namun tak ramai yang menghargai kegigihan dan kepenatan seorang isteri yang menyiapkan bekal. Terbaharu, ada seorang isteri meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya kerana suaminya langsung tidak menjamah bekal yang disediakannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mamania menerusi aplikasi TikTok, dapat dilihat nasi putih berlauk telur mata dan daging goreng. Menyedihkan kerana bekal tersebut langsung tidak bersentuh. Kecewa dengan kejadian itu, si isteri terus membuangnya ke dalam tong sampah memandangkan bekal tersebut sudah pun basi.
Isteri mana je kan yang tidak berasa kecewa. Bekal tersebut gigih disediakan oleh si isteri walaupun ia sekadar lauk biasa sahaja namun pastinya rasa kecewa apabila suami membawa pulang kembali dengan bekas yang masih terisi. Menurut Mamania, suaminya kata tidak sempat untuk makan.
Katanya tak sempat makan. Atleast basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat.
@soft.rzl Katanya tak sempat makan. Atleast basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat. #esekeli
@nia.dalirin97Katanya tak sempat makan. Atleast basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat. ##esekeli♬ tetap dalam jiwa sayang – ruangsendu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok turut bersedih dengan situasi yang dialami oleh Mamania ini. Malah ada juga yang mengaitkan dengan perasaan para ibu yang menyediakan masakan namun langsung tidak disentuh oleh anak-anak.
Tidak kurang juga ada yang sempat meninggalkan komen mengatakan sakitnya bila berdepan dengan situasi ini. Sekurang-kurangnya makan la sikit demi menjaga hati isteri.
Dalam masa yang sama ada juga yang turut bercerita mengenai pengalaman mereka menyediakan masakan untuk suami.
Walaubagaimanapun tidak diketahui apakah sebab utama yang lain selain suaminya tidak sempat makan bekal berkenaan. Menurut Mamania sewaktu membalas komen warga TikTok, sebelum ini suaminya makan sahaja namun kali ini tidak.
Kredit: TikTok Mamania