Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

Kategori: ,
Jagung Ada Rambut

Jagung ini boleh didapati dalam pelbagai rupa dan bentuk tapi jika anda membelinya di pasaraya, memang jarang untuk menemui yang masih ada rambut.

Bagi yang tak pernah melihatnya, jagung yang mempunyai rambut ini mungkin sesuatu yang baru dan pelik. Lebih-lebih lagi jika dilihat kanak-kanak, macam-macam persoalan yang akan timbul hingga si penjaga juga terkedu mendengar soalan mereka.

Pelik Tengok Jagung Ada Rambut, Soalan Adik Comel Ini Buat Ibu Gelak Hingga Pecah Perut

Terbaharu, seorang ibu irianieliew telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat comel dan lucu anaknya.

Membawa pulang jagung yang mempunyai beberapa helai bulu yang belum dibuang, anak wanita itu hairan apabila melihat rupa jagung tersebut. Jagung Ada Rambut

Belum pernah melihat rupa jagung sebegitu, anak kecil itu seakan tertarik sambil memeriksa jagung tersebut. Puas dipusing, dia tiba-tiba menanyakan soalan yang tidak dijangka kepada ibunya. Jagung Ada Rambut

“Kenapa ada rambut? Baba tak ada rambut.”, tanya anak kecil itu.

Terkejut dengan soalan yang diajukan, wanita itu hanya mampu tergelak kerana tak sangka anaknya akan bertanya sebegitu.

https://www.tiktok.com/@irianieliew/video/7156041654397455642?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@irianieliewAlamak baba … 😂😂😂♬ original sound – Irianie Liew

Di ruangan komen pula, orang ramai turut tak mampu tahan ketawa dengan soalan pedas anak comel itu.

Usik seorang pengguna, “Ni baba dengar ni dik, nangis baba awak ni. Jujur sangat!”.

Ada juga seorang netizen menceritakan situasi sama yang terjadi padanya, “Macam kami la. Anak nombor dua kutuk babah dia, tak ada rambut!”.

Soalan Pedas Buat Ramai Terhibur Jagung Ada Rambut

Sakit betul soalan adik ini. Patut lah ibu sampai tergamam dan tak tahu nak kata apa! Harap baba sabar sahajalah, kalau cuba jelaskan betul-betul mungkin anak faham sikit kot.

Kredit: irianieliew

Baca Juga: “Memang Musibat..” – Pak Cik Ini Kena Prank Gara-Gara Minta Roti Planta Lebih Di Kedai Makan

tags: | | |