Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang menjadi kegilaan orang ramai. Namun, makanan tersebut sangat sukar didapati di pasaraya terdekat. Malah, susah untuk jumpa yang halal dan betul-betul kena dengan selera rakyat Malaysia.
Kalau begitu, jom cuba pula resepi jeruk kubis yang lebih sedap dan sesuai dengan selera rakyat kita. Nak buat sendiri pun mudah sahaja kerana ia cuma menggunakan empat bahan sahaja.
Resepi Jeruk Kubis Guna 4 Bahan Sahaja
Bahan-Bahan
- 1 kubis cina pangjang
- 1/2 cawan nasi
- Garam kasar (guna garam ini untuk lebih sihat)
- Air
- Serbuk kunyit
Cara Penyediaan
- Bersihkan kubis. Masukkan dalam balang tinggi.
- Nasi setengah cawan itu ditambah air dan masak sekejap. Lenyek-lenyek sehingga keluar kanji. Boleh guna nasi lebihan atau yang kerak-kerak pun takpe. Jangan kerak hangit pula ya.
- Tunggu suam dan masukkan dalam balang kubis. Masukkan garam semasin rasa. Penuhkan balang dengan air.
- Letakkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi rupa dia lebih menarik dan elakkan kubis nampak pucat.
- Simpan dalam 5 hingga 7 hari. Tak perlu masuk peti ais. Makin lama diperam, kubis akan jadi masam.
Nota: Jeruk ini juga sedap dinikmati dengan hirisan bawang putih, bawang merah dan cili padi bersama nasi putih.
Rupanya mudah sahaja nak menyediakan jeruk kubis ini, kan? Dengan menggunakan 5 bahan yang mudah didapati di dapur, memang jimat masa!
Kalau nak makan simple sahaja, anda boleh makan hidangan ini dengan nasi putih yang panas-panas. Memang kena lah dengan selera! Tak perlu dah pergi cari kimchi selepas ini, boleh cuba jeruk kubis ini sahaja.
Kredit: Zanida Ariffin via MAHN
Baca Juga: Mendapat Perkongsian 26K Di Facebook, Ini Dia Resepi ‘Tomyam Thai Kaw’ Yang Super Mudah Dan Sedap!